Bagaimana Mohon dan Tuntut RM600 Untuk Pekerja Dalam Program Subsidi Upah 2.0 Pakej Bantuan Tambahan Kita Prihatin

Bagaimana Mohon dan Tuntut RM600 Untuk Pekerja Dalam Program Subsidi Upah 2.0, Pakej Bantuan Tambahan Kita Prihatin. Untuk semua pastikan anda baca info penuh berkenaan Program Subsidi Upah di bawah.

APA ITU PROGRAM SUBSIDI UPAH 2.0?

Program Subsidi Upah 2.0 merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program- ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah 2.0 yang diumum kerajaan pada 23 September 2020 iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setiap bulan tambahan selama 3 bulan.

Baca juga: [Terkini BPN 2.0] Senarai Bantuan Baru Kita Prihatin Yang Diumumkan Oleh PM

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata majikan yang menuntut tidak dibenarkan membuang pekerja, memotong gaji mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.

Berikut adalah perkongsian mengenai syarat kelayakan permohonan, cara untuk memohon dan kaedah pembayaran dilakukan.

Baca: Permohonan Geran Khas PRIHATIN GKP Hasil: Link Semakan & Pendaftaran Bantuan RM3000 Untuk PKS

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan majikan dan pekerja bagi membuat permohonan Program Subsidi Upah:

  • Pekerja yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  • Majikan mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula 1 Januari 2020.
  • Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.
  • Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada.
  • Bagi majikan yang belum pernah membuat permohonan Program Subsidi Upah sebelum ini, pekerja layak menerima subsidi selama 6 bulan untuk Program Subsidi Upah 2.0.

KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran bantuan adalah seperti berikut:

  • Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO
  • Bayaran bagi pekerja yang layak di bawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan.

CARA MEMOHON

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2020 melalui laman web PERKESO.

Pekerja akan menerima tambahan bantuan ini selama 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan. Bagi majikan yang tidak pernah membuat permohonan Program Subsidi Upah sebelum ini, pekerja layak terima Program Subsidi Upah 2.0 selama 6 bulan.

Untuk maklumat lanjut emelkan pertanyaan anda ke perkeso@perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO.

Baca juga: Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Mengikut Kategori Dan Cara Mohon

Bagaimana Mohon dan Tuntut RM600 Untuk Pekerja Dalam Program Subsidi Upah, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma