Bantuan Prihatin Rakyat Untuk Industri Kreatif, Penyanyi, Pelakon, Pereka, Kumpulan Busker, Jurugambar Dan Lain-lain
Bantuan Prihatin Rakyat Untuk Industri Kreatif! Anda Penyanyi, Pelakon, Pereka, Kumpulan Busker, Jurugambar Dan Lain-lain profesion yang berasakan kreativiti dan inovasi. Bantuan Prihatin Rakyat Untuk Industri Kreatif ini untuk anda. Info penuh di bawah.
Isi Kandungan
APA ITU INDUSTRI KREATIF.
Industri kreatif merujuk kepada penghasilan bakat individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara seperti jurugambar, penyanyi, pelakon, pereka animasi dan lain-lain.
Seperti kata Perdana Menteri kita dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ”tiada golongan yang tercicir”, golongan industri kreatif juga menerima manfaat seperti golongan yang lain.
Dalam tidak sedar, golongan ini juga antara golongan yang terjejas akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang telah menyebabkan ramai orang tidak dapat mencari rezeki.
Berikut adalah perkongsian tentang bayaran yang diterima oleh golongan industri yang berkeluarga dan bujang yang layak.
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT INDUSTRI KREATIF
Penggiat Industri Kreatif Berkeluarga/ Isi Rumah
Pendapatan Isi Rumah Kurang RM4,000
Bagi penggiat industri kreatif yang yang mempunyai isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000, mereka akan menerima Bayaran Prihatin National sebanyak RM1,600 yang dibayar dua kali iaitu pada bulan April dan Mei 2020.
Penerima juga akan mendapat manfaat penangguhan pembayaran Insurans/ Takaful selama 3 bulan, Internet percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 1 April, diskaun bil elektrik selama 6 bulan, pengeluaran dari akaun B sehingga RM1,500 (Private Retirement Scheme), penggantian pendapatan RM50 MySalam bagi pesakit di bawah siasatan (PUI) dan baki Bantuan Sara Hidup yang dibayar pada Julai 2020.
Pendapatan Isi rumah Rm4,001 Hingga RM8,000
Bagi penggiat industri kreatif yang yang mempunyai isi rumah berpendapatan antara RM4,001 hingga RM8,000, mereka akan menerima Bayaran Prihatin National sebanyak RM1,000 yang dibayar dua kali iaitu pada bulan April dan Mei 2020.
Penerima juga akan mendapat manfaat penangguhan pembayaran Insurans/ Takaful selama 3 bulan, Internet percuma sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 1 April, diskaun bil elektrik selama 6 bulan, pengeluaran dari akaun B sehingga RM1,500 (Private Retirement Scheme) dan penggantian pendapatan RM50 MySalam bagi pesakit di bawah siasatan (PUI).
Penggiat Industri Kreatif Kategori Bujang
Pendapatan Bujang Kurang RM2,000
Bagi individu bujang yang bergiat dalam industri kreatif berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, mereka akan menerima manfaat bayaran Prihatin Nasional Orang Bujang sebanyak RM800 iaitu RM500 pada bulan April manakala RM300 lagi pada bulan Mei.
Pendapatan Bujang Antara RM2,001 Hingga RM4,000
Bagi individu bujang yang bergiat dalam industri kreatif berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan antara RM2,001 hingga RM4,000 sebulan, mereka akan menerima manfaat bayaran Prihatin Nasional Orang Bujang sebanyak RM500 iaitu RM250 pada bulan April manakala RM250 lagi pada bulan Mei.
SOKONGAN PERNIAGAAN INDUSTRI KREATIF
Bagi menyokong perniagaan industri kreatif agar terus bergiat aktif, industri akan menerima manfaat lain seperti berikut:
Semoga manfaat yang diberikan oleh kerajaan ini dapat membantu individu sebagai penggiat industri kreatif untuk terus aktif dan maju dalam perkembangan industri kreatif walaupun dalam saat gentir seperti ini.