Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) • Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) •

Pengambilan Sukarelawan Baitul Hikmah Terbuka Untuk Menjaga Pusat Komuniti Belia

Oleh Cikgu Shaari • July 28, 2022 • 2 min baca

Pengambilan Sukarelawan Baitul Hikmah Terbuka Untuk Menjaga Pusat Komuniti Belia
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Islam Pulau Pinang akan melancarkan sebuah pusat komuniti khusus untuk golongan belia yang berusia 8 hingga 20 tahun. Pusat komuniti belia ini menyediakan ruang selamat untuk belajar, membaca buku dan bersosial secara sihat agar mereka tidak terjebak dengan gejala sosial serta meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah mereka.

Oleh itu, Yayasan Islam Pulau Pinang memerlukan tenaga kerja sukarelawan untuk menjaga pusat komuniti belia ini bagi memastikan pengoperasian di Baitul Hikmah berjalan dengan lancar dan selamat.

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di perkongsian bawah.

MAKLUMAT BAITUL HIKMAH

  • Nama pusat: Baitul Hikmah – Pusat Komuniti Belia
  • Anjuran: Yayasan Islam Pulau Pinang
  • Waktu operasi: Isnin – Jumaat (3.00 petang – 7.00 malam)
  • Lokasi: Bautul Hikmah, Taman Sri Pinang, 28-1-33, Jalan Sungai 10150 George Town Pulau Pinang (di atas Kompleks Gerai Makanan Jalan Sungai)

PUSAT KOMUNITI BELIA

Pusat komuniti belia adalah sebuah usaha Yayasan Islam Pulau Pinang menyediakan satu ruangan yang selamat untuk belajar dan bersosia kepada golongan belia agar mereka tidak terjebak dengan gejala sosial serta meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah mereka.

MANFAAT DITAWARKAN

Antara manfaat ditawarkan kepada sukarelawan yang bertugas adalah:

  • Saguhati akan diberi kepada sukarelawan
  • Sijil penghargaan disediakan
  • Latihan intensif disediakan

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara dan menetap di Pulau Pinang
  • Mempunyai kemahiran asas mengajar
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk sertai pasukan sukarela Pusat Komuniti Belia dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan sukarelawan, anda boleh hubungi atau whatsapp di talian berikut:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.