Semakan Panggilan Temuduga Biasiswa MyBrainSc Tahun 2022

Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Bagi calon yang telah buat permohonan biasiswa MyBrainsSc, anda dah boleh buat semakan keputusan panggilan temuduga pada tarikh ditetapkan.

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program Biasiswa MybrainSC ini adalah:

  • Melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan UA;
  • Menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi;
  • Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate; dan
  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

BIDANG PENGAJIAN

Biasiswa BrainSC ini menawarkan program kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen seperti:

  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik

TARIKH SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA BIASISWA MYBRAINSC

Semakan keputusan panggilan temuduga bagi Biasiswa MyBrainSc ambilan tahun 2022 adalah pada:

  • Mulai 26 Julai 2022 (Selasa) jam 5 petang

CARA BUAT SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA

Semakan keputusan panggilan temudga Biasiswa MyBrainSc boleh dibuat pada tarikh ditetapkan secara atas talian melalui pautan berikut:

Ujian saringan akan diadakan bagi mengenalpasti kecenderungan dalam bidang sains tulen dan keputusan penilaian adalah muktamad oleh panel temuduga yang dilantik.

Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuatkuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian. Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya;

  • Calon diberhentikan oleh institusi pengajian kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan perjanjian ini; dan
  • Calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kementerian.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma