Contoh Soalan Situasi Yang Biasa Ditanya Dalam Temuduga Kerja Kerajaan
Calon temuduga pasti tidak pernah terfikir kan bahawa panel penemuduga akan tanyakan soalan berbentuk situasi kepada anda? Tahu tak sebenarnya soalan situasi di tempat kerja ini antara soalan yang “famous” selalu ditanya dalam temuduga kerja kerajaan terutamanya bagi jawatan gred 29 dan 41.
Tujuan soalan situasi ini ditanya adalah kerana panel penemuduga ingin melihat kebijaksanaan dan kebolehan calon menguruskan sesuatu situasi atau masalah yang berlaku di tempat kerja termasuk masalah pekerja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan contoh-contoh soalan situasi yang biasa ditanya dalam temuduga kerja kerajaan dan panduan menjawab soalan.
Isi Kandungan
CONTOH SOALAN SITUASI
Berikut adalah contoh soalan situasi yang biasa ditanya dalam temuduga kerja kerajaan:
- Ada satu pekerja ini rapat dan baik dengan bos, pekerja ini selalu datang kerja lambat. Apa anda nak buat?
- Ada pelanggan yang datang nak jumpa bos, tetapi bos sibuk banyak kerja. Apa yang patut anda cakap dengan bos dan pelanggan tersebut?
- Macam mana nak handle pekerja bawahan yang OKU
- Bagaimana anda handle pekerja yang bermasalah
- Anda dapati seorang pekerja terlibat dengan rasuah, apa tindakan anda?
- Cara atasi masalah jika dihantar ke jabatan yang susah
- Apakah yang anda lakukan jika terima arahan pegawai atas yang bercanggah dengan peraturan
- Cara anda uruskan kakitangan bawahan yang lebih berumur dari anda
- Jika ada kakitangan ponteng kerja, apa tindakan yang anda lakukan?
- Jika orang atasan tidak mahu terima cadangan orang bawahan, apa yang anda lakukan?
- Bagaimana nak uruskan kalau penyelia atau orang bawahan mengumpat kita dari belakang
- Jika ketua beri tugas lain yang perlu dibuat sedangkan tugas tersebut bukan tugas kita, apa yang anda buat?
- Jika bos berikan tugas hari Jumaat pada jam 4 petang dan hantar pada Isnin sebelum 7 petang sedangkan Sabtu dan Ahad ada janji dengan keluarga untuk bercuti, apa anda perlu buat?
- Bagaimanakah anda mengendali pekerja yang selalu punch lewat/ pekerja yang bermasalah?
- Anak buah kerap melakukan kesalahan tatatertib, apa tindakan anda?
- Apa yang anda lakukan jika ketua anda terlibat rasuah?
- Sekiranya orang bawah anda tegur hasil kerja anda, apa tindakan anda?
CARA MENJAWAB SOALAN SITUASI
Bagi menjawab soalan situasi yang diberikan, pastikan anda tidap merapu ya! Pastikan anda keluarkan point penting yang dapat menyelesaikan masalah bagi soalan yang ditanya. Contohnya sekiranya ditanya tentang cara tangani pekerja bermasalah, anda boleh jawab seperti berikut:
Jika ada pekerja bawahan yang tidak melaksanakan tugasan kerja seperti yang diarahkan, langkah pertama yang saya ambil ialah memanggil pekerja tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada dia kerana saya percaya dia pasti ada alasan tersendiri. Sekiranya ada penjelasan yang munasabah seperti dia ada kesukaran ataupun kurang mahir, saya akan bimbing dia dalam membuat tugasan dan menggalakkan dia untuk mendapatkan pertolongan bagi memastikan tugasan siap seperti diarahkan. Tetapi sekiranya penjelasan dia tidak munasabah, saya akan memberikan amaran berlisan yang pertama beserta surat tunjuk sebab.
Nampak tak bagaimana jawapan tersebut menyelesaikan masalah situasi bagi soalan yang diberi? Anda mestilah berkait dengan soalan dan tunjukkan bahawa anda boleh bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.
Semoga bermanfaat!