Ujian Khas Terbuka DBKL Ditawarkan Bagi Mengisi Kekosongan Jawatan Kontrak/ Tetap
Berminat nak jadi salah seorang daripada anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)? DBKL mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menghadiri Ujian Khas Terbuka bagi pengambilan jawatan bertaraf kontrak/ tetap seperti yang diiklankan.
Bagi calon yang berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh hadir ke lokasi dinyatakan pada 28 Julai 2022 dengan berpakaian mengikut panduan ditetapkan. Setiap calon mestilah hadir bersama dokumen-dokumen dinyatakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan menghadiri Ujian Khas Temuduga.
Isi Kandungan
MAKLUMAT UJIAN KHAS TERBUKA DBKL
- Nama majikan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Nama jawatan: pemandu Kenderaan H11
- Taraf jawatan: Kontrak/ tetap
- Tarikh ujian terbuka: 28 Julai 2022
- Lokasi ujian memandu: Depoh Kenderaan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal No. 884, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kepong, 52100 Kuala Lumpur (Bersebelahan PPA1M Metropolitan Kepong)
- Masa Pendaftaran: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
SYARAT KELAYAKAN
Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja dipertimbangkan bagi jawatan ditawarkan:
- berumur 21 tahun hingga 35 tahun pada tarikh Ujian Khas Terbuka
- Calon hendaklah memiliki lesen memandu Kelas E/ E1/ E2 (lesen kenderaan bas dan lori sahaja) yang masih sah dan dikeluarkan oleh JPJ kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)
DOKUMEN DIPERLUKAN
Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Khas Terbuka:
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil PT3/ PMR * Slip Keputusan PT3/ PMR tidak diterima
- Sijil digital lengkap vaksinasi Covid-19
- Lesen memandu kelas E/E1/E2 yang masih dah dan dikeluarkan oleh JPJ kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)
- Sekeping gambar terbaru berukuran passport
Semua dokumen salinan yang dinyatakan perlu disahkan oleh Pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat/ Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa/ Penghulu/ Temenggung/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah/ Pengerusi JKKK/ ketua Kaum/ Ketua Masyarakat/PPM.
PANDUAN HADIR UJIAN KHAS TERBUKA
Calon mestilah hadir ke ujian khas terbuka dengan ikut panduan berikut:
- Berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track button) berwarna hitam dan kasut sukan
- Bawa bersama dokumen asal dan salinan dinyatakan di atas
Kegagalan calon hadir dengan ikut panduan tersebut mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Khas Terbuka ini.
Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Khas Terbuka sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian 03 2617 9622/ 9621/ 9613/ 9604.