Tawaran Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP), Bantuan Sehingga RM1,500 Untuk Sambung Belajar
Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.
Tujuan skim bantuan ini diperkenalkan oleh FELDA adalah bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN SKIM INSENTIF ANAK PENEROKA (SIAP)
Kadar bantuan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
- Diploma: RM500
- Ijazah Dalam Negara: RM1,000
- Ijazah Luar Negara: RM1,500
* Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk dipertimbangkan:
- Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.
- Had umur permohonan:
Peringkat Diploma: 18 tahun hingga 23 tahun
Peringkat Ijazah: 18 tahun hingga 25 tahun
Permohonan TIDAK LAYAK dipertimbangkan bagi:
- Peneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.
- Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran.
- Pelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).
- Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.
- Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
- Surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam/ Universiti Swasta yang disenaraikan FELDA
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan peneroka
- Salinan penyata pendapatan peneroka terkini
CARA MOHON
Sekiranya anda berkelayakan seperti dinyatakan di atas dan akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, anda boleh dapatkan borang permohonan di:
- Pejabat FELDA berhampiran
Lengkapkan borang tersebut dan hantarkan semula bersama dokumen-dokumen dinyatakan di atas ke pejabat FELDA berhampiran.
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Skim Insentif Anak Peneroka, anda boleh terus ke laman web https://www.felda.gov.my/.