Semakan Keputusan Ambilan Ke-3 Program Matrikulasi KPM Dibuka

Untuk pengetahuan anda, program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun Kolej Universiti. Bagi lepasan SPM yang telah mohon kemasukan ke matrikulasi bagi sesi 2022/2023, anda dah boleh buat semakan pada tarikh ditetapkan.

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran bagi permohonan kali pertama, jangan risau. Permohonan rayuan akan dibuka bagi memberi peluang kepada calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh dan panduan buat semakan keputusan permohonan matrikulasi.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan ke Program Matrikulasi Ambilan ke-3 akan diumumkan pada:

  • 9 Ogos 2022 (Mulai 5 petang)

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Semakan keputusan permohonan ke Program Matrikulasi Ambilan Ke-3 boleh dibuat secara online pada tarikh ditetapkan di laman berikut:

Sebarang rayuan kemasukan/ pertukaran hendaklah dilakukan melalui laman web sahaja. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan kolej matrikulasi anda ditempatkan.

TARIKH-TARIKH PENTING KEMASUKAN

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian oleh calon yang bakal melanjutkan pengajian di matrikulasi:

  • Semakan keputusan tawaran/ setuju terima: 16 – 23 Julai 2022
  • Pendaftaran ke kolej: 24/ 25 Julai 2022
  • Rayuan pertukaran jurusan/ kolej: 16 – 18 Julai 2022
  • Keputusan pertukaran: 22 Julai 2022
  • Keputusan ambilan 2: 29 Julai 2022
  • Pendaftaran ke kolej (2): 31 Julai 2022

Sebarang pertanyaan berkaitan kemasukan ke matrikulasi, anda boleh emel ke alamat mohon. matrik@moe.gov.my atau hubungi talian 03 8884 4083/4042.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma