Permohonan Bantuan Lesen Memandu MAIPk Bagi Pelbagai Kelas Lesen Dibuka
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepada semua Asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga. Asnaf yang terpilih akan mengikuti program ini di salah satu daripada 3 institut memandu yang ditetapkan.
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dinyatakan dan ingin buat permohonan bagi Program Lesen Memandu yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan ikut panduan ditetapkan sehingga 31 Julai 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program bantuan lesen ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Antara syarat utama permohonan bantuan lesen memandu adalah:
- Beragama Islam
- Bermastautin di negeri Perak
- Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin)
- Berumur 21 tahun keatas
- Memiliki lesen memandu Kelas D Penuh
- Memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja)
- Bebas saman / tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRM
- Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M)
INSTITUSI MEMANDU
Program lesen memandu menawarkan bantuan untuk menduduki kelas memandu di institusi berikut:
- Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhd
- Sri Perak E-Driving Centre Sdn Bhd
- Institut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd
KUMPULAN LESEN DITAWARKAN
Bantuan lesen memandu ini menawarkan kumpulan lesen berikut:
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk mohon program bantuan lesen yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mendapatkan Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf di:
- Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah yang berhampiran; atau
- Muat turun daripada portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (https://www.maiamp.gov.my/) ; atau
- Muat turun di bawah
BORANG PERMOHONAN SKIM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAF
Pemohon WAJIB melampirkan dokumen tambahan berikut bersama borang permohonan:
- SALINAN LESEN MEMANDU YANG DIMILIKI
Hantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:
- Unit Pemerkasaan Asnaf,
Bahagian Agihan Zakat Aras 1,
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya 31 Julai 2022 (Ahad) bagi memastikan permohonan anda diproses. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Unit Pemerkasaan Asnaf di talian 019 5711384.