Tawaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di IPG Dengan Kerjasama JAIP
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi sesi 2022.
Tawaran adalah terbuka kepada semua Guru KAFA Lantikan JAKIM yang bertugas di Negeri Pahang serta Penyelia KAFA yang berminat. Bagi yang berminat, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara online yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran program dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di Institut Pendidikan Guru Malaysia
- Anjuran: IPG dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
- Pengambilan: Sesi 2022
BIDANG PENGAJIAN DITAWARKAN
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di Institut Pendidikan Guru Malaysia menawarkan bidang pengajian berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Bimbingan Kaunseling
- Sejarah
- Geografi
- Dini
- Tahfiz
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Sains
- Matematik
- Biologi
- Kimia
- Fizik
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Perniagaan
- Perakaunan
- Pendidikan Awal Kanak-kanak (Sek Ren)
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Di Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan kerjasama JAIP adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Terbuka kepada semua Guru KAFA Lantikan JAKIM
- Bertugas di Pahang
- Penyelia KAFA yang berminat juga layak mohon
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan Guru KAFA yang berkelayakan seperti dinyatakan dan berminat untuk mengikuti pengajian ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara online di pautan berikut:
Untuk makluman tuan puan, maklumat dalam borang permohonan merupakan maklumat yang diperlukan oleh JAIP bagi proses dapatan maklumat bagi guru di bawah seliaan JAIP yang ingin menyertai Program Diploma Pascasiswazah di Institusi Pendidikan Guru di Malaysia.