Syarat Permohonan Jawatan Pensyarah/ Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH29 & DH41 Di MySPP

Berminat nak jadi seorang tenaga pengajar atau pensyarah di Institut Pengajian Tinggi (IPT)? Salah satu cara untuk menjadi seorang pensyarah adalah dengan mengisi kekosongan jawatan dikenali sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi. Urusan pengambilan jawatan ini adalah dibuka oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang boleh dimohon melalui sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (MySPP).

Terkini, Suruhanjaya perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan mengadakan urusan pengambilan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DG29 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi bidang pengkhususan tertentu.

Bagi yang berminat nak mohon pengambilan jawatan Pegawai pendidikan Pengajian Tinggi yang ditawarkan, anda boleh semak syarat kelayakan jawatan di perkongsian bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama jawatan: Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
  • Kementerian/ Jabatan: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan

JADUAL GAJI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Kelayakan untuk Lantikan Ke Gred DH29

  • Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 : RM 1,588.45); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,661.95); atau [Calon-calon yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,735.44);
  • kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DH41

  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,120.73); atau [Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan] (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau
  • ijazah sarjana muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MOHON JAWATAN

Sekiranya anda berkelayakan seperti dinyatakan di atas dan berminat untuk mohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, anda boleh buat ermohonan melalui laman MySPP.

Semak iklan jawatan dan panduan buat permohonan di sini:

IKLAN JAWATAN & PANDUAN MOHON

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma