Tawaran Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT) – Asasi Dibuka Untuk Pengajian Asasi

Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk memohon penajaan Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi yang dibuka bermula 1 Julai 2022 . BPT-Asasi ini adalah biasiswa yang ditawarkan bagi Program Asasi di UNITEN. Tempoh tajaan adalah sepanjang Program Asasi sahaja.

Bagi lepasan SPM yang berminat dan akan sambung pengajian peringkat Asasi di UNITEN, anda boleh buat permohonan secara atas talian di pautan disediakan dalam tempoh ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi kemasukan intake semester 1, tahun akademik 2022/2023 adalah:

  • 1 Julai hinggi 31 Julai 2022

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat-syarat untuk permohonan biasiswa bagi lepasan SPM 2021 adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Memohon program Asasi di UNITEN
  • Mendapat keputusan SPM minima 9A tanpa C
Nota: Keutamaan akan diberikan mengikut kategori asnaf dengan pengiraan kadar kifayah tertinggi
  • Pemohon dan ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  • Mendapat tawaran pengajian tanpa syarat daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
  • Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik setaraf dengan pengajian yang dipohon.
  • Belum mendapat bantuan penuh pengajian atau tajaan dari mana – mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana – mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang – undang Negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana – mana institusi pengajian atas masalah akademik / disiplin bagi pengajian diperingkat yang sama.
  • Pelajar TIDAK DIBENARKAN menukar Institusi / kursus tanpa kebenaran bertulis dari pihak TAZU.
  • Pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk menangguhkan pengajian tanpa kebenaran TAZU dan perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang di tetapkan.
  • Pelajar perlu MENGEKALKAN MINIMUM GPA 3.00 dalam akademik sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak TAZU tanpa notis akan mengambil tindakan.
  • Pelajar adalah DILARANG sama sekali melibatkan diri dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, perhimpunan haram dan kegiatan sosial yang tidak sihat yang boleh menjejaskan nama baik agama, bangsa, negara, UNITEN dan penaja (TAZU).
  • Pelajar adalah WAJIB untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak TAZU sekiranya dijemput.
  • Pelajar TIDAK dibenarkan untuk berkahwin dalam tempoh tajaan TAZU.
  • Sekiranya pelajar tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh tersebut, pelajar TIDAK boleh menuntut untuk menggunakan peruntukan yang diluluskan sekiranya ada lebihan.
  • Segala kos yang terhasil/berlaku akibat daripada tindakan individu pelajar atau kesalahan yang dilakukan pelajar TIDAK ditanggung oleh TAZU.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan biasiswa ditawarkan, berkelayakan dan akan sambung pengajian peringkat Asasi di UNITEN, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:

Hanya calon yang melengkapkan permohonan dan dokumen akan dipanggil untuk temuduga. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 011 56563849 atau melalui email di alamat tazu@uniten.edu.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma