Temuduga Terbuka Bagi Tawaran Kerja Tetap/Kontrak Di Honda Buat Lepasan Sekolah & Graduan
HONDA Malaysia Sdn. Bhd kini membuka tawaran temuduga terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk bina kerjaya bersama syarikat ini. Pelbagai faedah menanti calon yang berjaya mendapat penempatan kerja!
Bagi yang berminat, pastikan anda isi borang permohonan pendaftaran secara online di pautan disediakan dan hadir ke lokasi dinyatakan pada masa ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran temuduga terbuka HONDA Malaysia dan panduan buat pendaftaran.
Isi Kandungan
FAEDAH MENARIK DISEDIAKAN
Antara faedah-faedah menarik menanti calon yang berjaya mendapat penempatan kerja adalah:
- Elaun pengangkutan, Elaun kedatangan, Elaun syif malam
- Faedah caruman KWSP, SOCSO & Skim insuran Pekerjaan (EIS)
- Perkhidmatan Dobi percuma (Pakaian seragam sahaja)
- Makanan dan minuman percuma
- Cuti tahunan
- Pakaian seragam disediakan
- Faedah perubatan (Pesakit luar dan kemasukan wad)
- Token dan bonus prestasi kerja serta kenaikan gaji tahunan
- Diskaun pembelian kereta dan motor Honda bagi yang telah disahkan jawatan
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan dinyatakan adalah dipelawa untuk sertai temuduga terbuka ini:
- Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
- PMR/ SPM/ SKM/ Sijil yang setaraf dengannya
- Tidak rabun warna
- Boleh membaca menulis dan mengira
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik
MAKLUMAT TEMUDUGA
- Lokasi: Honda Malaysia Sdn. Bhd. Hicom Pegoh Industrial Park, 78000 Alor Gajah Melaka
- Hari: Setiap hari Selasa dan Rabu
- Masa: 10.30 pagi hingga 4 petang
Sekiranya anda berminat untuk sertai temuduga terbuka bagi jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat pendaftaran permohonan pekerjaan/ temuduga (jawatan tetap & kontrak) di pautan berikut:
BORANG PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN HONDA
Untuk makluman anda, kontrak ini menawarkan tempoh selama 6 bulan + 6 bulan, dan peluang untuk menjadi pekerja tetap sekiranya mempunyai kekosongan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan temuduga terbuka HONDA Malaysia, anda boleh berhubung dengan Encik Faizal di talian 019 625 7913.