PTD Ini Kongsi Apa Yang Penemuduga Cari Dari Calon Temuduga Jawatan Gred 29 & 41

Calon temuduga bagi jawatan gred 29 dan 41 sila ambil perhatian! Tahu tak, bila anda hadir temuduga bagi gred yang agak tinggi ini, soalan temuduga tidak akan semudah seperti jawatan gred 11 dan 19. Di peringkat jawatan gred 29 dan 41, penemuduga nak lihat bagaimana calon berfikir berbanding tahu kelebihan diri calon.

Di peringkat temuduga lah peluang untuk anda yakinkan penemduga bahawa anda calon yang dicari dan memenuhi kriteria yang mereka mahu. Bagaimana nak yakinkan penemuduga dan tunjukkan bahawa anda ada nilai serta kriteria yang dicari oleh panel?

Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ini kongsikan apa yang panel penemuduga cari dari diri calon temuduga jawatan gred 29 dan 41 yang calon perlu ambil perhatian.

APA YANG DILIHAT DALAM DIRI CALON?

Bila panel tanya apa kelebihan, kekurangan, soalan situasi dan sebagainya, mereka sebenarnya nak tengok bagaimana calon berfikir. Untuk temuduga jawatan gred 29 dan 41, panel nak melihat calon yang mempunyai:

  • Pemikiran analitik dan kritis

Tujuan panel tanya soalan-soalan bukan sebab nak tahu sangat kelebihan atau kekurangan calon, tetapi nak tengok macam mana calon menjawab soalan itu.

PERKONGSIAN TIPS TEMUDUGA JAWATAN GRED 29 & 41

Pegawai ini kongsikan tips jawab soalan temuduga kepada calon:

“bila panel tanya apa kelebihan kau, jangan jawab direct, kelebihan saya rajin, baik, bla bla. Kau kena pimpin tangan panel tu utk mengenali kau. Kau kena ‘bercerita’ kat dorang. Kalau nak cerita kelebihan, cuba start mcm ni,

‘ketika saya bersekolah, saya adalah pelajar yang kurang berkemampuan. Setiap hari saya berjalan lebih kurang 3km ke sekolah. Sebelum ke sekolah, saya telah pastikan semua kerja sekolah saya selesai dan pakaian sekolah saya dlm keadaan baik. Tepat jam 6.30 pagi, saya akan memulakan perjalanan saya ke sekolah. Belum pernah dalam tempoh daya bersekolah, saya pernah datang lambat. Ketepatan masa pada saya amat penting. Setiap hari saya pastikan saya hadir awal ke sekolah utk memastikan saya bersedia fizikal & mental utk menghadapi hari saya. Disiplin ini saya amalkan hingga ke hari ini. Saya boleh katakan hasil dari pendidikan dari kecil telah menyediakan saya sebagai individu yang berdisiplin dan sentiasa melakukan yg terbaik dalam apa yg saya lakukan, ‘

“Jadi kau kena buat setiap jawapan tu unik. Tak perlu panjang pun takpe, tapi padat dan idea tu sampai kepada panel tu. Dari cerita tadi, dia boleh nampak banyak kualiti kau berbanding dari kau cakap satu je kelebihan kau.”

Nampak tak bagaimana jalan penceritaan yang dikongsikan oleh pegawai ini? Penceritaan ini akan menyerlahkan nilai yang ada dalam diri anda sekaligus menunjukkan anda seorang calon yang bagaimana.

Jika anda ada penceritaan atau pengalaman kerja yang mencabar dapat anda tunjukkan nilai diri anda, anda boleh juga ceritakan dalam temuduga. Apa yang penting adalah anda dapat yakinkan penemuduga bahawa anda calon yang layak.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma