Info

Harga Siling Ayam & Telur Ayam Mulai 1 Julai 2022

June 30, 2022Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Mesyuarat Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard dan telur ayam pada kadar yang berpatutan supaya tidak membebankan rakyat.

Keputusan ini telah diambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak harga siling terkini bagi ayam dan telur ayam mulai 1 Julai 2022.

HARGA SILING AYAM & TELUR AYAM

Mesyuarat Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit bagi semenanjung Malaysia seperti berikut:

  • Ayam Standard: RM9.40 sekilogram
  • Telur ayam:
    0.45 sen/biji  bagi gred A
    0.43 sen/ biji bagi gred B
    0.41 sen/ biji bagi gred C

TARIKH PENGUATKUASAAN HARGA SILING

Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini adalah berkuatkuasa bermula:

  • 1 Julai 2022

ISU KENAIKAN HARGA BARANG

Dengan pelaksanaan subsidi ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.

Isi kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya ia merupakan fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

Namun Kerajaan sedaya paya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup.

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda