Tawaran Bantuan Pendidikan Wakaf Sehingga RM1,000 Dibuka Buat Pelajar Sekolah & IPT
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini telah membuka tawaran Bantuan Pendidikan Manfaat Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy. Tawaran bantuan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar diploma dan pelajar ijazah.
Borang permohonan bagi pemohon yang berkelayakan boleh dimuat turun di perkongsian bawah. Siapa sebenarnya Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy yang mewakafkan bantuan ini?
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan manfaat wakaf ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
WAKAF ALLAHYARHAM AHMAD DAWJEE DADABHOY
Ahmad Dawjee Dadabhoy lahir pada 1907 di Gujerat, India. Belia menceburi bidang perniagaan dan telah mengumpul kekayaan hartanah dan saham.
Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Januari 1987 dan menyatakan hajat beliau untuk memberikan wakaf beliau yang terdiri daripada beberapa harta dan juga tabung dana kepada pihak penguatkuasa agama.
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 27 Jun hingga 4 Julai 2022
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan akan diberikan kepada pemohon yang berkelayakan mengikut kategori seperti berikut:
- Sekolah rendah: RM300
- Sekolah menengah: RM400
- Diploma: RM800
- Ijazah: RM1000
SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk buat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00
- Tidak menerima bantuan Pendidikan dari mana-mana pihak/ agensi
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belajar di sekolah/ institusi pendidikan di Wilayah Persekutuan.
CARA MOHON
Sekiranya anda memerlukan bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan melalui borang permohonan yang disediakan.
Borang permohonan boleh dimuat turun di laman sesawang Pusat Wakaf MAIWP wakafwilayah.org, imbas kod QR disediakan ATAU klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:
Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
- Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd
Aras 26, Menara Imarah Wakaf (Menara Bank Islam)
No.22 Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur
ATAU - Emel ke alamat: admin@wakafwilayah.org