Tarikh Bayaran BKM Secara Tunai Di BSN & Dokumen Yang Perlu Dibawa
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat dibuat secara berperingkat, iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kaedah pembayaran bantuan kepada penerima yang layak adalah berbeza bagi penerima yang mempunyai akaun bank dan yang tiada akaun bank.
Bagi yang ada akaun bank, pembayaran akan terus dibuat ke akaun penerima mengikut tarikh pembayaran BKM ditetapkan. Bagi yang tiada akaun bank anda boleh rujuk perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
TARIKH PEMBAYARAN TUNAI BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula pada 15 November 2022 dan akan dilakukan secara berperingkat.
Bagi penerima yang TIADA AKAUN BANK atau GAGAL KREDIT, pembayaran akan dibuat secara TUNAI seperti berikut:
- Di seluruh cawangan BSN
- Mulai 15 November 2022
KAEDAH PEMBAYARAN SECARA TUNAI DI BSN
Untuk pembayaran secara tunai di cawangan BSN, anda hanya perlu bawa bersama:
- Kad pengenalan
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM & BTT. Rujuk laman sesawangan BKM untuk maklumat lanjut.
Para pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter. Selain itu, pelanggan, pelanggan wajib memakai pelitup muka sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Tuan/Puan boleh menyemak status kelayakan mulai 15 November 2022 melalui cara-cara berikut:
- Layari laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my atau
- Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKM melalui talian 1-800-88-2747
Pembayaran BKM & BTT melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau ATM BSN.
Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1-300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.