Permohonan Bantuan Makanan B40, Program Zero Hunger Untuk Pekerja Diberhentikan, Cuti Tanpa Gaji & Peniaga Terjejas

Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch telah melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan sekibat terkesan daripada tempoh kawalan pergerakan. Jika and memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggan di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.

Baca: Cara Daftar eTunai Rakyat dan Tebus Dana Tambahan eTunai BSH

Sadaqah Market adalah pusat sumbangan sehenti dalam talian yang membantu mengumpul pembiayaan dana orang ramai untuk sesuatu projek kebajikan. Anda boleh menderma dengan yakin kerana semua projek yang dipaparkan di laman web telah disahkan oleh kumpulan Brainy Bunch Foundation.

Mohon juga: Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MyFreeView Online

Berikut adalah maklumat mengenai Program Zero Hunger dan syarat permohonan

PROGRAM ZERO HUNGER

Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi

  • Menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.
  • Menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak.
  • Menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak.
  • Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Bagi yang ingin membuat permohonan, anda mestilah turuti syarat -syarat permohonan yang diperlukan seperti di bawah.

  1. Pendapatan Isi Rumah
    Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi.
  2. Tanggungan Isi Rumah
    Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi.
  3. Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji
    Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19.
  4. Hilang Punca Pendapatan Keluarga
    Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan.
  5.  Peniaga Pasar Malam
    Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan.
  6. Ibu Tunggal
    Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.

CARA MEMOHON

Pendaftaran Permohonan Bantuan Makanan hanya untuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan makanan. Jika anda masih mempunyai pendapatan anda tidak layak memohon, berilah peluang ini kepada yang lebih memerlukan.

Anda boleh membuat pendaftaran bagi membuat permohonan di pautan di bawah.

Layari: Pendaftaran Permohonan Bantuan Makanan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma