Program Lot Generasi Baharu Felda: Peluang Miliki Rumah Kediaman Untuk Peneroka Felda
Berita baik buat mereka yang bergelas peneroka atau geneari Felda! Dalam usaha memenuhi keperluan rakyat satu program telah dijayakan iaitu Program ‘Lot Generasi Baharu Felda’.
Program ni memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga. Inisiatif ini dikendalikan sepenuhnya oleh FIC SUPPLIES SDN BHD sebagai pemudah cara bagi memudahkan Urusan generasi baharu Felda dalam membina rumah Impian.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran program Lot Generasi Baharu Felda dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF LOT GENERASI BAHARU FELDA
Program ini diperkenalkan dengan matlamat untuk:
- Memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran Program Lot Kediaman Generasi Baharu FELDA adalah terbuka dengan kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon berumur 18 hingga 70 tahun
- Tempoh pembiayaan maksimum sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu)
- Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan
- Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri
- Pemohon tidak diisytiharkan bankrap
- Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan geran individu
Bagi yang bekerja sendiri/ ahli perniagaan:
- Pendaftaran Syarikat/ Perniagaan
- Pendapatan mesti disahkan oleh Pengurus Rancangan/ Penghulu/ Pegawai Kerajaan Kategori A
- Penyata bank 6 bulan terkini
Bagi berpendapatan tetap:
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Surat Pengesahan Majikan
- Penyata Bank 3 bulan terkini
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan peneroka Felda yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat dengan program pemilikan rumah yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan melalui borang permohonan yang disediakan.
Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:
Hantar borang permohonan yang lengkap diisi bersama dokumen-dokumen dinyatakan di atas ke pejabat cawangan Felda berdekatan anda.
KATEGORI RUMAH DITAWARKAN
Anda boleh semak senarai kategori rumah yang ditawarkan, spesifikasi rumah beserta kos: