Tarikh Cuti Raya Haji/ Aidiladha Tahun 2022 Mengikuti Negeri
Rakyat Malaysia sudah boleh merancang untuk pulang ke kampung sempena Hari Raya Haji/ Aidiladha tidak lama lagi, iaitu minggu kedua bulan Julai 2022! Umat Islam dah boleh semak tarikh-tarikh penting dalam Islam Tahun 2022/ 1443 – 144H bagi Malaysia yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Untuk makluman anda, tarikh cuti Raya Haji / Aidiladha adalah berbeza mengikut negeri. Jadi pastikan anda kenalpasti tempoh cuti diambil bagi setiap setiap negeri bagi merancang perjalanan pulang ke kampung sebaiknya.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak tarikh Hari Raya Aidiladha dan tarikh cuti bagi setiap negeri.
Isi Kandungan
HARI RAYA AIDILADHA/ KORBAN
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Aḍḥa), Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ini bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah. (Agama Yahudi dan Kristian percaya bahawa menurut Genesis 22:2, Ibrahim membawa anaknya, Ishak untuk berkorban.)
Namun, sebelum Ibrahim dapat mengorbankan puteranya, bagaimanapun, Tuhan menyediakan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai gantinya. Sebagai memperingati intervensi ini, haiwan dikorbankan secara rutin. Sepertiga daging mereka dimakan oleh keluarga yang mempersembahkan korban, sementara selebihnya dibagikan kepada orang miskin dan yang memerlukan.
Hari Ke-10 Zulhijjah
Dalam Takwim Hijrah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Zulhijah, dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Perayaan ini bermula dengan takbir Aidiladha pada 9 Zulhijjah selepas solat maghrib, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, yang dipanggil Hari Tasyrik. Dalam kalendar antarabangsa (Takwim Gregorius), tarikhnya berbeza dari tahun ke tahun, berubah kira-kira 11 hari lebih awal setiap tahun.
TARIKH HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2022
Seperti yang dinyatakan dalam tarikh-tarikh penting dalam Islam Tahun 2022/ 1443 – 1444 H bagi Malaysia yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh Hari Raya Korban/ Aidiladha bagi tahun 2022 adalah pada:
- 10 Julai 2022 / 10 Zulhijjah 1443 (Ahad)
TARIKH CUTI RAYA HAJI/ AIDILAHDA 2022
Hari Raya Aidil Adha merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan di Malaysia, bermaksud seluruh negara akan bercuti pada hari tersebut.
Berikutan dengan sambutan Hari Raya Haji/ Aidiladha tahun 2022 pada tarikh yang dinyatakan di atas, rakyat Malaysia di semua negeri akan bercuti pada tarikh berikut:
- 10 Julai 2022 (Ahad ) – Semua Negeri
- 11 Julai 2022 (Isnin) – Semua Negeri kecuali Johor *Tertakluk kepada pindaan
- 12 Julai (2022) – Terengganu (Hari Kelepasan Am Negeri)
Walaubagaimanapun, tempoh cuti bagi Hari Raya Haji/ Aidiladha adalah tertakluk kepada pindaan negeri/ persekutuan. Perkongsian ini akan dikemaskini semula sekiranya terdapat sebarang pindaan.