PICKids: Pemberian Vaksin Kanak-Kanak Dibuka Semula Selama 5 hari Bermula 20 Jun
Memandangkan permintaan rendah vaksinasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil keputusan untuk menamatkan pemberian dos pertama vaksinasi Covid-19 kepada golongan kanak-kanak pada 31 Mei 2022. Langkah ini diambil bagi mengelakkan pembaziran vaksin yang tinggi.
Sempena Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 pada 16 Jun 2022 yang bertemakan “Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua”, Program imuniasasi Covid-19 Kebangsaan bagi kanak-kanak yang berusia 5 tahun hingga 11 tahun akan dibuka semula selama 5 hari.
Jangan lepaskan peluang ini, ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembukaan semula program PICKids dan cara buat tempahan janji temu vaksinasi.
Isi Kandungan
TEMPOH PEMBUKAAN SEMULA PICKIDS
Program PICKIds atau pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan kanak-kanak dibuka semula sepanjang tempoh berikut sahaja:
- 20 Jun hingga 24 Jun 2022 (5 hari)
KANAK-KANAK YANG LAYAK
Pemberian vaksin ini adalah melibatkan kanak-kanak berikut:
- Kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun
- Kanak-kanak sekolah dan prasekolah
- Kanak-kanak berada di institusi perlindungan
- Kanak-kanak kumpulan rentan seperti:
– Orang Asli
– OKU
– Gelandangan
– Pelarian
– Bukan warganegara
MATLAMAT PEMBUKAAN SEMULA
Pembukaan semula vaksinasi ini adalah bagi:
- Meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatkan vaksin Covid-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini
- Keprihatinan KKM atas keselamatan kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin
CARA DAPATKAN VAKSINASI KANAK-KANAK
Ibu bapa yang berhasrat mendapatkan vaksinasi bagi kanak-kanak ini bolehlah mendapatkan vaksinasi melalui beberapa kaedah berikut:
- TANPA JANJI TEMU di klinik-klinik kesihatan di bawah KKM dalam tempoh dinyatakan
- Bagi kanak-kanak yang akan mencapai umur 5 tahun ,ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera
Pemberian adalah berdasarkan kepada stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut dan sekiranya stok untuk hari tersebut habis, ibu bapa perlu membawa anak keesokan harinya.
Ibu bapa yang baru mengetahui mengenai vaksinasi Covid-19 atau baru membuat keputusan membenarkan anak di vaksinasi digalakkan mengambil peluang ini.