MyDebit Cash Out Akan Dikenakan Caj 50 Sen Mulai 1 Julai, Ini Senarai Bank Terlibat
Tak lama lagi, beberapa institusi bank di Malaysia akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 sen bagi setiap urusan MyDebit Cash Out!
MyDebit Cash Out dikatakan satu kaedah paling mudah dan menjadi pilihan orang ramai untuk berurusan mengeluarkan wang. Alliance Bank dan CIMB Bank telah membuat pengumuman caj 50 sen dikenakan bagi setiap transaksi tunai bagi setiap pemegang kad MyDebit.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan MyDebit Cash Out dan institusi bank yang terlibat mengenakan caj perkhidmatan.
Isi Kandungan
MYDEBIT CASH OUT
Ciri MyDebit Cash Out merupakan sebuah ciri yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus melalui kaunter pembelian barangan tanpa perlu ke ATM untuk tujuan pengeluaran.
MyDebit Cash Out juga membolehkan rakyat Malaysia mengeluarkan wang daripada peniaga atau peruncit terpilih secara langsung untuk membeli barangan dan produk.
CAJ PERKHIDMATAN 50 SEN DIKENAKAN
Untuk makluman anda, beberapa institusi bank akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 50 sen bermula:
- Mulai 1 Julai 2022
SENARAI INSTITUSI BANK TERLIBAT
Buat masa ini, antara institusi bank yang terlibat mengenakan caj ini adalah:
- CIMB Bank
- HSBC Bank
- Bank islam
- OSBS
- Dan Standard Charted
Walaupun bagaimanapun, PayNet yang merupakan penyedia MyDebit Cash Out masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hal tersebut.
Banyak bank lain yang menerima MyDebit Cash Out seperti Affin Bank, Maybank, Public Bank, UOB dan lain-lain tidak membuat pengumuman atas sebab tertentu tetapi pengeluaran tunai masih akan dikenakan yuran 50 sen.
Pun begitu, perkhidmatan PayNet yang lain seperti DuitNow, JomPAY, DirectDebit, FPX dan GIRO Antara Bank tidak terjejas oleh perubahan ini.