Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya • Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •UKF & Temu Duga PISMP 2026: Tarikh, Persediaan Lengkap & Tips Lulus (Ramai Terlepas Pandang) •Perlu Ke Sahkan Salinan Sijil? Ini Jawapan & Siapa Yang Layak Sahkan (Update 2026) •Tingkatan 6 Kampus UKM & USM 2026: Tak Jejaskan UPU, Matrikulasi Atau IPG (Ramai Masih Salah Faham) •Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •

McDonald’s Bakal Wujudkan 50,000 Peluang Pekerjaan Buat Graduan Menerusi Program Perantis

Oleh Cikgu Shaari • June 13, 2022 • 2 min baca

McDonald’s Bakal Wujudkan 50,000 Peluang Pekerjaan Buat Graduan Menerusi Program Perantis
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan McDonald’s Malaysia hari ini (10 Jun 2022) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) merasmikan kerjasama untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Program Perantis McDonald’s. YB Senator Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut yang diadakan di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

Kerjasama itu termeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara UiTM diwakili Naib Canselornya, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Hj Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM manakala McDonald’s Malaysia diwakili oleh YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan dan Encik Hilmy Sulaiman, Pengarah Kanan Undang-Undang dan Francais.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut sasaran McDonald’s dalam mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan kepada golongan graduan.

PROGRAM PERANTIS MCDONALD’S

UiTM dan McDonald’s menjalin kerjasama dalam tiga program iaitu:

  • Management Apprentice Program (MAP),
  • Graduate Employability Program (GEP) dan
  • Internship Pogram (IP)

Program perantis ini khususnya, bermatlamat:

  • menyediakan peluang kerjaya untuk para pelajar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar B40 dan individu berkeperluan khas.
  • Selain mengukuhkan kebolehpasaran graduan, ia turut menyediakan pelajar dengan peluang kerjaya yang bermakna.

UiTM sebagai institusi pengajian tinggi terbesar di Malaysia sentiasa bekerjasama dan mengambil pendekatan proaktif dengan pihak industri dalam memaksimumkan inisiatif kebolehpasaran graduan.

PROGRAM PERANTISAN VOKASIONAL MCDONALD’S

Untuk menggalakkan kebolehpasaran belia dan graduan, McDonald’s turut menawarkan beberapa program pekerjaan seperti:

  • Program Perantisan Vokasional McDonald’s di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), selain MAP, GEP dan IP.

Sehingga 2021, McDonald’s Malaysia telah melatih lebih 900 graduan kolej dan universiti di bawah program MAP, GEP dan IP, yang kini sedang bekerja dalam industri hospitaliti.

50,000 PELUANG PEKERJAAN MENJELANG 2026

McDonald’s Malaysia berhasrat memainkan peranannya sebagai sebuah syarikat terkemuka dengan menyokong dan melancarkan lagi pelaksanaan agenda negara melibatkan pembangunan belia. Tahun ini, McDonald’s terus menumpukan perhatiannya kearah kebolehpasaran belia, dan kami menyasarkan untuk:

  • menyediakan 50,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2026.

Dengan pertumbuhan perniagaan McDonald’s di negara ini, kami membuka banyak peluang baharu untuk bakat-bakat muda. Kami komited untuk mengembangkan dan membangunkan tenaga kerja kami, memandangkan mereka adalah keutamaan jenama kami.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.