Apa Hukum Dapat Kerja Menggunakan “Kabel” Atau “Kroni”? Ini Penjelasan Mufti

Pasti anda dah pernah dengar kan ada sesetengah pihak yang menggunakan ‘kabel’ atau ‘kroni’ untuk mendapatkan pekerjaan? Kadang kala rasa tidak adil kerana dalam ramai-ramai yang hadir temuduga, tetapi pihak syarikat akan pilih calon yang memang sudah dipilih dari awal atau kenalan mereka. Jadi sia-sia sahajalah calon lain hadir temuduga.

Memang perkara ini tidak berlaku pada semua syarikat, tetapi orang ramai sering mendengar masalah ini di kebanyakan syarikat ketika pengambilan pekerja. Apa hukum dapat kerja menggunakan “kabel’ atau ‘kroni’ ini?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum mendapat kerja menggunakan kabel atau kroni.

HUKUM DAPAT KERJA MENGGUNAKAN KABEL/ KRONI

Soalan:

Assalamualaikum. Boleh saya tahu apa hukum dapat kerja menggunakan ‘kabel’ atau ‘kroni’? Jika ada satu syarikat yang mahu cari pekerja dan salah seorang daripada calon yang ditemuduga berjaya dapat kerja tersebut tetapi dengan bantuan ‘kabel’ atau orang yang rapat dia dalam syarikat tersebut, tidakkah menafikan hak yang lain? Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam wrt. wbt. Berkenaan isu dapat kerja menggunakan kabel atau kroni ini boleh dilihat dari segi perspektif yang berbeza.

Cara Yang Dibenarkan

Perspektif yang pertama adalah melalui cara yang dibenarkan seperti:

  • meminta tolong rakan-rakan untuk memudahkan urusan memohon pekerjaan, atau
  • seorang majikan memilih pekerja atas dasar telah mengenali pekerja tersebut yang datang daripada keluarga yang miskin dan pada masa yang sama mempunyai nilai kompetensi dan kelayakan yang bersesuaian.

Haram Dilakukan

Perspektif yang kedua pula adalah melalui:

  • sogokan, rasuah atau atas dasar kenal semata-mata tanpa sebarang nilai kompetensi atau kelayakan.
  • Maka inilah contoh yang buruk dan haram dilakukan kerana ia telah menzalimi mereka yang berhak.

Sudah jelas? Sekiranya anda calon temuduga yang ada keupayaan untuk mendapatkan pekerjaan melalui kabel, lebih baik anda jalani temuduga dan ujian kelayakan sama seperti calon lain supaya pemilihan adalah adil.

Untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh dapatkan di laman web rasmi PMWP seperti berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma