Kos & Dokumen Diperlukan Untuk Buat Pemeriksaan e-Hailing PUSPAKOM
Kenderaan E-Hailing ialah satu kenderaan motor yang mempunyai muatan tempat duduk 4-11 orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan tambang perseorangan mahupun berasingan. Dikira menerusi tempahan atau transaksi dan tambang perjalanan itu dipermudahkan melalui aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan.
Penetapan proses kawal selia perkhidmatan e-Hailing adalah daripada pihak APAD dan JPJ, di mana salah satunya melibatkan proses pemeriksaan berkala kenderaan di PUSPAKOM.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan membuat pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan E-Hailing.
Isi Kandungan
JENIS PEMERIKSAAN E-HAILING
Antara pemeriksaan yang perlu dilakukan oleh E-Hailing adalah:
Pemeriksaan Berkala Pertama
- Perlu dilakukan bagi kenderaan yang telah mencapai usia 3 tahun daripada tarikh pendaftaran di JPJ
- Ingin mendaftar dengan pihak JPJ/ APAD/ LPKP sebagai E-Hailing untuk kenderaan yang berusia 3-10 tahun daripada tarikh pendaftaran di JPJ
- Dilakukan sekali sahaja bagi tujuan pendaftaran di JPJ
Pemeriksaan Berkala
- Perlu dilakukan bagi Kenderaan E-Hailing yang berusia 3 tahun dan ke atas daripada tarikh pendaftaran kenderaan di JPJ
- Telah mendaftar dengan pihak JPJ/ APAD sebagai kenderaan E-Hailing semasa kenderaan berusia 3 tahun daripada tarikh pendaftaran di JPJ
- Sekali pada setiap 12 bulan
Pemeriksaan Berkala Semula
- Perlu dilakukan jika GAGAL pemeriksaan berkala
- Jika GAGAL pemeriksaan berkala, pemilik perlu hadir dalam tempoh 30 hari daripada tarikh GAGAL Pemeriksaan Berkala
KADAR BAYARAN PEMERIKSAAN
Berikut adalah kadar bayaran pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan E-Hailing:
- Pemeriksaan Berkala Pertama: RM70.00
- Pemeriksaan Berkala: RM55.00
- Pemeriksaan Berkala Semula: RM25.00
- Pemeriksaan Khas : RM25
- Pemeriksaan Arahan Pihak Berkuasa : RM35
- Pemeriksaan Sukarela : RM50
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen diperlukan untuk buat pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan E-Hailing:
- Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC Asal) atau;
- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan dan Salinan VOC (disahkan oleh JPJ); atau
- Butiran Pendaftaran Kenderaan (daripada JPJ)
- Salinan EVP – dikecualikan sehingga diberitahu kelak
PUSAT PEMERIKSAAN
Kenderaan E-Hailing boleh diperiksa di:
- SEMUA Pusat Pemeriksaan PUSPAKOM
Kecuali di:
- PUSPAKOM Shah Alam dan Pasir Gudang