Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

WinBiz Bank Islam: Tawaran Pembiayaan Perniagaan Untuk Usahawan Wanita

Oleh Cikgu Shaari • May 30, 2022 • 2 min baca

WinBiz Bank Islam: Tawaran Pembiayaan Perniagaan Untuk Usahawan Wanita
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program Pembiayaan Wanita dalam Perniagaan (WinBiz) ialah produk pembiayaan yang direka khas untuk Usahawan Wanita Malaysia di bawah kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menampung perbelanjaan modal kerja dan/atau modal mereka.

Inilah peluang untuk anda menjana pendapatan melalui perniagaan dengan pembiayaan yang disediakan. Usahawan Wanita yang sudah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 2 tahun boleh buat permohonan secara atas talian melalui laman web Bank Islam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

  • Nama pembiayaan: Women in Business (BI WinBiz)
  • Institusi kewangan: Bank islam
  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 7 tahun
  • Kadar pembiayaan: RM100,000 sehingga RM1 juta

SKOP PEMBIAYAAN

Usahawan wanita yang berminat boleh buat permohonan pembiayaan bagi tujuan:

  • Keperluan modal kerja
  • Perbelanjaan Modal (CAPEX)

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada usahawan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Usahawan wanita yang sudah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Memenuhi definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia:
  • Rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia yang memegang sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dalam perniagaan.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah dan Sarawak, badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional.

Tawaran sehingga 80% Perlindungan Jaminan di bawah Skim Jaminan Kerajaan yang diuruskan oleh SJPP (bergantung kepada skim yang ditawarkan oleh SJPP).

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Islam dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui laman web Bank Islam.

Permohonan boleh dibuat di laman tersebut:

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pembiayaan WinBiz yang ditawarkan, anda boleh terus ke kaunter cawangan Bank Islam berdekatan anda atau terus ke laman web rasmi Bank Islam untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.