Kelebihan Pengajian Di ILKBS Yang Ramai Tak Tahu. Peluang Pekerjaan Lebih Terjamin
Masyarakat khususnya ibu bapa perlu membuang ‘stigma kurang enak’ terhadap Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) kerana kaedah pembelajaran secara amali dan praktikal yang ditawarkan adalah memenuhi keperluan industri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kebolehpasaran graduan ILKBS ialah sebanyak 95 peratus selain mereka, walaupun bermula di peringkat rendah, akhirnya akan menikmati kenaikan yang baik disebabkan kemahiran diperoleh menjadi nilai tambah mereka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan kelebihan pengajian di ILKBS yang ramai taktahu dan salah anggap.
Isi Kandungan
KELEBIHAN PENGAJIAN DI ILKBS
ILKBS merupakan di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Antara kelebihan pengajian di ILKBS yang orang ramai perlu tahu adalah:
- Kaedah pembelajaran & praktikalnya jadi hunting ground pemain industri (keperluan industri)
- Kebolehpasaran graduan ILKBS adalah 95%
- Banyak terapkan latihan praktikal kepada pelatih – Mempersiapkan mereka dengan kemahiran diperlukan
- Ilmu TVET membolehkan graduan cipta pekerjaan sendiri
8,000 calon yang layak akan terpilih pada setiap pengambilan. Dengan pengambilan yang tidak terlalu ramai ini:
- Membolehkan mereka dapat perhatian penuh tenaga pengajar
- Berpeluang kendali peralatan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan
BIDANG LATIHAN
ILKBS menawarkan 196 kursus daripada 14 bidang latihan termasuk teknologi:
- Automotif
- Mekanikal
- Maklumat
- Elektrikal
- Hospitaliti
LOKASI ILKBS DI SELURUH NEGARA
ILKBS terdapat di 22 lokasi iaitu:
- IKTBN Sepang & Dusun Tua Selangor
- IKTBN Bukit Mertajam , Pulau Pinang
- IKTBN Bachok & IKBN Tanah Merah Kelantan
- IKTBN Alor Gajah, Melaka
- IKTBN Pegih & IKBN Bandar Penawar Johor
- IKTBN Chembong, N. Sembilan
- IKTBN Temerloh & IKBN Pekan Pahang
- IKBN Peretak & Kuala Langat Selangor
- IKBN IKBN Jitra & Naka Kedah
- IKBN Wakaf Tapai & Kemasik Terengganu
- IKBN Seri Iskandar Perak
- IKBN Miri Sarawak
- IKBN Kinarut Sabah
- IKBN Kuala Perlis, Perlis
- Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) Putrajaya
SYARAT UMUM KEMASUKAN ILKBS
Antara syarat umum kemasukan ke ILKBS adalah:
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin @ bujang
- Sihat tubuh badan
- Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
- Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
- Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
- Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
- Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
Sekiranya anda berminat dengan program pengajian ditawarkan di ILKBS dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh dapatkan maklumat lanjut permohonan kemasukan ke ILKBS di laman http://kemahiran.kbs.gov.my/
Ibu bapa seharusnya memberikan sokongan kepada anak yang memilih untuk ke ILKBS. Selain kemahiran, pelbagai bantuan lain diberikan seperti penginapan dan belanja.