Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM Dibuka Buat Pelajar IPTA/ IPTS

Panggilan buat semua pelajar baru yang dapat panggilan sambung belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta! Yayasan Prihatin Nasional kini membuka permohonan Bantuan Awal Pendidikan kepada semua pelajar baru yang didaftarkan ke IPT mulai pada tahun 2022.

Tawaran bantuan adakah terbuka kepada pelajar yang bermastautin secara tetap di Wilayah Persekutuan sahaja kerana dana tajaan merupakan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan dan panduan buat permohonan.

BANTUAN AWAL PENDIDIKAN JPKM

Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022 menawarkan bantuan-bantuan berikut:

  • Bantuan Wang pendahuluan/ Pendaftaran
  • Bantuan Cermin Mata Percuma
  • Bantuan Kelengkapan Asas (Untuk anak Wilayah Persekutuan sahaja)
  • Sumbangan Laptop MAIWP (untuk anak Wilayah persekutuan sahaja)

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022 dibuka bagi 2,000 orang penerima awal sahaja sehingga:

  • Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2022

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Awal pendidikan JPKM adalah terbuka individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  • Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah sahaja yang akan dipertimbangkan
  • Pemohon telah menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi
  • Semua jenis bantuan layak dimohon oleh Anak Wilayah Persekutuan

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/ penjaga
  • Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/ penjaga
  • Salinan penyata bank
  • Bil yuran pelajar (jika berkaitan)
  • Penyata gaji/ slip pencen/ pengesahan pendapatan/ pengesahan tidak bekerja ibu bapa/ penjaga
  • Salinan surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta

CARA MOHON BANTUAN AWAL PENDIDIKAN JPKM

Berikut adalah panduan buat permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM:

  1. Dapatkan borang permohonan dengan muat turun borang JPKM 2022 di laman web PRIHATIN
  2. Lengkap dan hantarkan borang beserta dokumen sokongan yang diminta oleh sekretariat JPKM 2022
  3. Dapatkan pengesahan sokongan pemimpin setempat (Ahli Parlimen, ADUN, Penyelaras Parlimen, Pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai Tadbir Kolej/Universiti, Penolong Pendaftar Kanan Kolej/Universiti)
  4. Penghantaran borang boleh dikembalikan melalui emel atau secara fizikal melalui pos ke alamat seperti berikut:
    SEKRETARIAT JPKM 2022
    Yayasan Prihatin Nasional,
    No. 129-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG,
    40170, Setia Alam,
    Selangor Darul Ehsan
    No. Telefon: +603-3358 8612

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN AWAL PENDIDIKAN JPKM

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Awal Pendidikan JPKM, anda boleh rujuk di laman www.yayasanprihatin.com.my atau hubungi pegawai bertugas melalui email info@yayasanprihatin.com atau Whatsapp ke nombor 012 2788612.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma