Maybank ATM Cash-Out: Cara Keluarkan Duit Tanpa Kad, Hanya Imbas Kod QR Sahaja
Berita baik buat pengguna Maybank! Maybank Berhad kini memperkenalkan kemudahan baharu iaitu ATM Cash-Out. Dengan ATM Cash-Out, orang ramai boleh membuat pengeluaran wang dari mesin ATM dengan hanya menggunakan kod QR melalui aplikasi MAE Maybank. Dah tak perlu kad ATM!
Sebelum ini Maybank turut pernah hadir dengan ciri mengeluarkan duit tanpa kad ATM, tetapi menggunakan pengesahan berasaskan kod SMS. Dengan kemudahan ATM Cash-Out, ia lebih mesra pengguna dan lebih mudah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana menggunakan ciri baru yang diperkenalkan oleh Maybank, iaitu ATM Cash-Out.
Isi Kandungan
ATM CASH-OUT MAYBANK
Berikut adalah beberapa maklumat penting berkenaan ATM Cash-Out yang anda perlu tahu:
- Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu aktifkan ciri ATM Cash Out pada aplikasi MAE. Pengaktifan ini akan mengambil masa sekitar 24 jam sebelum dapat digunakan.
- Selepas diaktifkan, anda boleh ke mana-mana mesin ATM yang menyokongnya, dan seterusnya mengimbas kod QR pada skrin ATM berkenaan.
- Seterusnya, anda boleh lakukan pengesahan dan mengeluarkan duit terus daripada ATM.
- Untuk ATM Cash Out ini, ia memerlukan pin atau pengesahan biometrik untuk pengeluaran bawah RM1000 dan untuk jumlah lebih daripada itu, ia perlu disertakan bersama pengesahan Secure2U.
- Penggunaan ciri ini juga tidak akan mengeluarkan resit melalui mesin ATM, sebaliknya ditawarkan secara digital pada aplikasi MAE.
- Pada era pasca Covid-19 ini, ciri ini membolehkan anda mengeluarkan duit tanpa sentuh ATM dan hanya untuk mengambil duit sahaja.
- Pun begitu, ciri ini terhad untuk pengguna MAE sahaja, dan tidak disokong pada aplikasi Maybank2U.
CARA AKTIFKAN ATM CASH-OUT DI MAE MAYBANK
CARA KELUARKAN WANG DARI ATM DENGAN KOD QR, TANPA KAD
Dah aktifkan ATM Cash-Out di MAE Maybank anda, anda hanya perlu ke mesin ATM berdekatan dan imbas kod QR pada skrin ATM. Masukkan amaun yang anda ingin keluarkan, kemudian sahkan dengan Secure2u. Siap!
Mudah kan? Selepas ini tidak menjadi masalah walaupun anda terlupa nak bawa kad ATM. Anda boleh lah keluarkan wang dengan mudah!
Semoga bermanfaat!