Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Jawatan Kosong Di Yayasan Pelajaran MARA Dengan Minima SPM & Diploma

Oleh Cikgu Shaari • May 13, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Kosong Di Yayasan Pelajaran MARA Dengan Minima SPM & Diploma
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kini membuka pengambilan jawatan bertaraf tetap dan kontrak! Permohonan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia (Bumiputera) berumur tidak kurang 18 tahun yang memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan kekosongan jawatan YPM.

Bagi yang berminat nak bina kerjaya melalui pengambilan jawatan kosong di YPM, pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya 20 Mei 2022 melalui hantaran tangan/ pos atau email.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Yayasan Pelajaran MARA (YPM)
  • Nama jawatan: Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Y17 (Setara Gred 27) & Pembantu Tadbir Y11 (Setara Gred 17)
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Mei 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri Y17 (Setara Gred 27)

  • Diploma dalam sebarang bidang yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Memiliki Lesen Memandu kelas D yang dikeluarkan oleh JPJ
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik, menulis laporan dengan baik serta mempunyai perwatakan yang menarik
  • Bersedia memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diberi tanpa mengira waktu
  • Keutamaan adalah kepada calon-calon yag berpengalaman dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan dan NGO

Pembantu Tadbir Y11 (Setara Gred 17)

  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Pegawai tetap Gred Y3 dan Y4 yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun dalam gred hakiki berkenaan bagi tujuan kenaikan pangkat

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan di Yayasan Pelajaran MARA dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan, anda boleh buat permohonan dengan ikut panduan berikut:

  1. Permohonan boleh dihantar melalui hantaran tangan/ pos/ emel
  2. Sertakan resume bersama salinan kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen yang berkaitan
  3. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak
  4. Setiap permohonan yang dihantar perlu dihantarkan jawatan yang dipohon
  5. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini adalah pada 20 Mei 2022.

Hantar permohonan ke alamat berikut:

  • Ketua Pegawai Eksekutif
    Yayasan Pelajaran MATA
    Tingkat 17 & 18, Menara MARA
    No. 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman
    50100 Kuala Lumpur
    (u.p: Unit Sumber Manusia)
    ATAU
  • emel: jawatankosong.ypm@gmail.com

Permohonan yang berjaya adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan dan Skim Saraan YPM serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.