Kelonggaran SOP Covid-19 Di Sekolah Terkini Yang Diumumkan Oleh KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) pada 28 April 2022 telah mengumumkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 selepas pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya menyedari ramai ingin melihat sektor pendidikan dibuka dengan lebih meluas.

KPM mengambil pendekatan yang cepat membabitkan soal pembukaan semua sekolah. Kelonggaran SOP yang diambil ini adalah selaras dengan kelonggaran yang dimumkan oleh KKM. Anda boleh semak senarai kelonggaran SOP terkini yang diumumkan oleh KKM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kelonggaran SOP Covid-19 di sekolah yang diumumkan oleh KPM.

KELONGGARAN SOP COVID-19 DI SEKOLAH

Berikut adalah beberapa kelonggaran SOP Covid-19 di sekolah yang diumumkan oleh KPM:

Penjarakan Fizikal

Tiada lagi penjarakan fizikal di kelas. Namun, digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka

Pelitup Muka

Wajib memakai pelitup muka ketika berada di ruangan tertutup di premis sekolah. Kelonggaran diberikan jika:

  • Bersendirian
  • Semasa mengajar di hadapan kelas
  • Semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk pendidikan jasmani
  • Kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah
  • Individu bekeperluan khas
  • Individu mempunyai masalah penafasan

Kehadiran

Kehadiran ke institusi pendidikan adalah WAJIB. Pastikan lakukn ujian kendiri Covid-19 jika bergejala.

Makan Di Kantin/ Kafeteria

Guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan dibenarkan makan di kantin / kafeteria. Waktu rehat berperingkat boleh dilaksanakan sekiranya perlu.

Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum

Pakaian Seragam Sekolah

Diwajibkan untuk memakai pakaian seragam bermula sesi persekolahan penggal 2 pada 12 Jun 2022.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma