Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Perintah Gaji Minimum 2022: Syarat Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500

Oleh Cikgu Shaari • April 28, 2022 • 2 min baca

Perintah Gaji Minimum 2022: Syarat Pelaksanaan Gaji Minimum RM1,500
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan pada 19 Mac 2022  telah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara. Walaubagaimanapun, penetapan gaji minimum pada kadar tersebut adalah mengikut kelayakan majikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan tersebut adalah bagi mengambil kira kos sara hidup kini yang kian meningkat, sekali gus menekan golongan B40 khususnya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut syarat pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500.

PENETAPAN KADAR GAJI MINIMUM MULAI 1 MEI 2022

Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah seperti yang berikut:

Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

Syarat Penetapan Gaji Minimum RM1,500

Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh:

  • Majikan yang mengambil kerja lima orang pekerja atau lebih; dan
  • Tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASC) sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia

PENETAPAN GAJI MINIMUM MULAI 1 JANUARI 2023

Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah seperti yang berikut:

Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

Perenggani ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh:

  • seorang majikan yang mengambil kurang daripada 5 orang pekerja selain majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional

KADAR GAJI MINIMUM MAJIKAN YANG KURANG DARIPADA 5 PEKERJA

Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah seperti yang berikut:

Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah tidak kurang daripada kadar seperti berikut:

Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada 5 orang pekerja selain majikan yang menjalankan aktiviti profesional.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.