Download Adobe CC Percuma Untuk Semua Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi

Berita baik buat semua pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Berikutan dengen penutupan fasiliti makmal komputer di institusi pendidikan tinggi disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan, Adobe telah memberikan akses secara percuma Adobe CC kepada pelajar institusi yang layak.

Tujuan akses percuma ini diberikan adalah bagi memudahkan para pelajar meneruskan pembelajaran dari rumah atau kolej kediaman tanpa berada di luar.

Download Adobe CC Percuma Untuk Semua Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan penggunaan Adobe CC di komputer peribadi pelajar.

PERMOHONAN PENGGUNAAN ADOBE CC

Kebenaran akses ini diberikan oleh Adobe secara terhad bagi pengguna institusi pendidikan yang layak semasa tempoh penutupan fasiliti pendidikan berikutan wabak COVID-19 sehingga 31 MEI 2020.

Kebenaran akses ini boleh ditarik balik oleh pihak Adobe pada bila-bila masa tanpa makluman awal. Pemohon yang tidak mempunyai Adobe ID akan diminta untuk mendaftar dan mencipta akaun baharu melalui laman web Adobe.

Bagi membuat permohonan, anda diminta untuk lengkapkan borang permohonan di barang bagi mendapatkan akses kepada perisian Adobe CC di komputer peribadi di rumah atau kolej penginapan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

borang permohonan

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma