Status Pengeluaran Khas KWSP Masih “Permohonan Diterima”? Ini Cara Cek Sama Ada Lulus Atau Tidak
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses bermula 1 April 2022.
Seperti dimaklumkan, semakan status kelulusan pengeluaran khas KWSP boleh dibuat mulai 9 April 2022. Bayaran Pengeluaran Khas pula akan dibuat secara berperingkat mulai 18 April 2022. Sudah ramai pemohon yang bertukar status kepada “Permohonan Diluluskan”. Namun, bagi yang berstatus masih “Permohonan Diterima”, jangan risau kerana anda boleh semak sama ada diluluskan atau tidak melalui i-Akaun!
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat semakan status kelulusan bagi pemohon berstatus Permohonan Diterima.
Isi Kandungan
MAKSUD STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP
Berikut adalah status permohonan pengeluaran khas KWSP yang dipaparkan kepada pemohon:
Permohonan Anda Telah Diluluskan
Sekiranya anda dapat status permohonan telah diluluskan, anda dah boleh semak tarikh bayaran masing-masing melalui i-Akaun atau tarikh bayaran akan dipaparkan di bahagian semakan status pengeluaran khas seperti berikut:
Permohonan Anda Telah Diterima
Sekiranya anda mendapat status “Permohonan Anda Telah Diterima”, ini bermaksud permohonan Pengeluaran Khas anda telah berjaya DITERIMA oleh pihak KWSP. Permohonan anda sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
Anda tidak perlu risau, permohonan anda AKAN DILULUSKAN, anda hanya perlu tunggu status bertukar. Walaubagaimanapun, anda boleh buat semakan melalui i-Akaun untuk yakin bahawa permohonan anda telah diluluskan.
CARA SEMAK STATUS KELULUSAN PENGELUARAN KHAS I-AKAUN
Status anda masih “Permohonan Anda Telah Diterima”? Jangan risau, anda boleh buat semakan melalui i-Akaun untuk dapatkan status kelulusan. Anda boleh semak dengan ikut panduan berikut:
- Buka aplikasi i-Akaun atau ke laman i-Akaun LOGIN untuk log masuk
- Log masuk ke i-Akaun anda menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Bagi yang belum daftar i-Akaun, anda boleh DAFTAR i-AKAUN sekarang
- Dah log masuk ke i-Akaun, anda boleh lihat status Pengeluaran Khas anda seperti di bawah:
- Bagi permohonan yang telah diluluskan, anda boleh semak tarikh bayaran seperti dibawah:
Bagi pemohon yang masih berstatus “Permohonan Diterima”, pastikan anda semak i-Akaun sekarang ya! jika dah “Approved” di i-akaun, anda tidak perlu risau lagi. Tunggu sahaja permohonan anda akan diluluskan nanti.
Semoga bermanfaat!