Penjelasan SPA Mengenai Punca Tidak Lepas Tapisan Bagi Pelantikan Jawatan Pegawai Perubatan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) melalui laman facebook telah memberi penjelasan mengenai isu membabitkan status tidak melepasi tapisan SPA, bagi permohonan pelantikan tetap jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/UD41 di Kementerian Kesihatan (KKM).

SPA dalam kenyataan tersebut telah memaklumkan sebanyak 3,281 permohonan didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan bidang pengkhususan perubatan yang merupakan syarat wajib untuk lantikan tetap.

Terdapat juga punca-punca lain yang menyebabkan calon tidak melepasi tapisan bagi pelantikan jawatan Pegawai Perubatan. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui punca yang dikongsikan oleh SPA.

SYARAT LANTIKAN

Iklan telah dikeluarkan oleh KKM mulai 1 hingga 15 Mac 2022 berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Syarat skim perkhidmatan
    – Warganegara Malaysia
    – Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    – Memiliki ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
  • Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
    Calon hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Syarat khusus ditetapkan oleh KKM
    – Calon telah dilantik kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016
    – Calon telah menamatkan latihan siswazah di dalam atau di luar negara
    – Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2016 hingga 2018 sahaja
    – Calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh kontrak
    – Calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap
  • Keperluan tambahan yang ditetapkan oleh KKM:
    – Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan ijazah dan nombor pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia pada atau sebelum tarikh tutup permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

PUNCAN CALON TIDAK MELEPASI TAPISAN

Pada 16 Mac 2022, sejumlah 10,593 permohonan telah diterima dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,281 didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (nombor pendaftaran penuh) dan bidang pengkhususan perubatan merupakan syarat wajib untuk lantikan tetap.

Sejumlah 1,587 didapati tidak melepasi tapisan yang ditetapkan oleh KKM. Berdasarkan maklum balas yang diterima, calon yang tidak melepasi tapisan syarat skim perkhidmatan dan syarat kelayakan bahawa melayu adalah berpunca daripada:

  • Maklumat pendaftaran penuh tidak dilengkapkan atau mengisi pendaftaran sementara dengan MPM
  • Pemilihan bidang pengkhususan yang tidak tepat selain daripada perubatan dan pembedahan/ medicine (perubatan)
    Contoh bidang pengkhususan yang dipilih oleh calon adalah seperti Sains Perubatan/ Sains kesihatan/ Sains Kejururawatan dan
  • Calon tidak melengkapkan proses permohonan dengan menekan butang HANTAR selepas permohonan dikemaskini yang menyebabkan sistem merekodkan permohonan terakhir yang diHANTAR

TAPISAN AKHIR UNTUK CALON BERKELAYAKAN

Suruhanjaya BERSETUJU untuk mengemukakan senarai nama calon sebanyak 3,281 yang tidak melepasi tapisan kepada KKM untuk proses tapisan akhir berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti iklan.

Sekiranya semakan daripada KKM mendapati calon memenuhi syarat yang ditetapkan seperti di atas, status calon akan dikemaskini dalam SPA9 dan seterusnya akan dipanggil temuduga. Calon boleh menyemak status terkini permohonan mulai:

  • Mulai 22 April 2022

Suruhanjaya juga bersetuju untuk mengeluarkan pilihan senarai pendaftaran penuh/ sementara dengan MMC daripada proses permohonan ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/41. Oleh itu, KKM perlu membuat semakan pengesahan pendaftaran penuh dengan MMC ke atas setiap calon yang akan dikemukakan oleh SPA.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Unit Perubatan, Bahagian Pengambilan, SPA di talian 03 8091 9000/ 9415 (waktu pejabat) atau emel ke alamat perubatanpg@spa.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma