Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor Di Buka, Terima RM200-RM500 Setiap Keluarga

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.

Objektif Bantuan Lembaga Zakat Selangor COVID-19

Di bawah merupakan objektif Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor.

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    1. Beragama Islam
    2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
    3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
    4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
    5. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.
  2. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
  3. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

Bagaimana Memohon Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor

Sila ikut arahan di bawah untuk mengemukakan permohonan anda.

  1. Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Sila hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343 (Isnin-Jumaat. 10.00 pagi hingga 3:00 petang)
  2. Selain Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Melalui Portal Bantuan Khas Covid-19 (24 Jam, 7 hari seminggu)

** Note : Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor

Permohonan ini dibuka bermula 25hb Mac 2020 (Rabu) hingga 6 April 2020 (Isnin). Sebarang perubahan tarikh akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Bagaimana Menyemak Status Permohonan

Untuk mengetahui Status Permohonan Bantuan Khas Covid-19 Zakat Selangor ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan di pautan ini : Portal Bantuan Khas Covid-19.

Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan ini : Sistem eZakatONLINE

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut permohonan Bantuan Lembaga Zakat Selangor COVID-19 ini melalui portal rasmi Lembaga Zakat Selangor melalui pautan di bawah.

PORTAL LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma