Facemask Wajib Ada Tanda MS SIRIM Mulai 4 Julai. Denda Sehingga RM200,000 Jika Gagal Patuhi

Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewartakan produk itu berkuat kuasa semalam.

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut, penandaan MS SIRIM hendaklah diperoleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penandaan MS SIRIM pada pelitup muka dan denda dikenakan sekiranya gagal patuhi.

PENGUATKUASAAN PENANDAAN MS SIRIM PELITUP MUKA

Semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, berkuatkuasa:

  • Mulai 4 Julai 2022

Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat oleh pengguna yang menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.

TUJUAN PENANDAAN MS SIRIM PADA PELITUP MUKA

Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan untuk:

  • Memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan
  • Dengan adanya penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.
  • inisiatif kerajaan prihatin atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

DENDA JIKA GAGAL PATUHI PEWARTAAN

Pewartaan itu dibuat dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan), di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Menurut kementerian itu, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport.

  • Syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
  • Bagi individu yang menjual/ mengimport boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali.

KPDNHEP berharap isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran negara akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma