Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Jabatan Perdana Menteri, Isi Borang Permohonan Online Je
Anda graduan atau lepasan SPM yang sedang mencari kerja dan peluang untuk bina kerjaya? Jom bina kerjaya dengan peluang penempatan MySTEP yang dibuka oleh Jabatan Perdana Menteri tahun 2023 ini! Calon yang layak mendapat penempatan akan berkhidmat secara kontrak pada tahun 2023.
Jika anda berminat untuk berkhidmat dengan Jabatan Perdana Menteri dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, pastikan anda hantar permohonan melalui email sebelum tarikh tutup permohonan. Calon yang berjaya akan ditempatkan di Bahagian Hal Ehwal, Undang-undang, JPM.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Jabatan Perdana Menteri
- Jawatan: Personel MySTEP
- Penempatan: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM
- Kadar Upah: RM2100 sebulan
- Tempoh lantikan: Mac 2023 hingga Disember 2023
- Tarikh tutup permohonan: 26 Februari 2023
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Telah mendapat dos imunisasi COVID-19 yang lengkap serta mempunyai Sijil Digital Vaksinasi COVID-19; dan
- Memiliki IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI STRATEGIK / KOMUNIKASI MASSA ATAU KOMUNIKASI MULTIMEDIA.
Pertimbangan/ Keutamaan kepada calon:
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik melibatkan pelbagai peringkat masyarakat;
- Berkemampuan mengenal pasti isu semasa dan merangka pelan tindakan susulan;
- Mempunyai kemahiran penulisan yang baik; dan
- Berkebolehan mengendalikan perisian multimedia antaranya Microsoft Word/ Excel dan Powerpoint dengan baik.
KEMUDAHAN DITAWARKAN
Antara kemudahan ditawarkan kepada personel MySTEP adalah:
- Elaun bulanan termasuk caruman KWSP dan PERKESO
- Kemudahan cuti rehat dan cuti sakit
- Status lantikan kontrak
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan sebelum 26 Februari 2023.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut:
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan berhubung tawaran ini boleh menghubungi talian 03-8885 1148/03-8885 1151.