Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap • Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •

Cara Semak Peti Mel BKM. Ketahui Amaun Yang Diterima Setiap Fasa & Jumlah Bantuan Diluluskan

Oleh Cikgu Shaari • September 6, 2022 • 2 min baca

Cara Semak Peti Mel BKM. Ketahui Amaun Yang Diterima Setiap Fasa & Jumlah Bantuan Diluluskan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Seperti yang kita tahu, pembayaran BKM akan dibuat secara berperingkat, iaitu sehingga 4 fasa pada tarikh ditetapkan. Namun amaun yang diterima bagi setiap kategori adalah berbeza, begitu juga amaun bagi setiap fasa yang akan diterima. Tahu tak, anda boleh semak peti mel BKM anda untuk ketahui jumlah bantuan diluluskan dan amaun diterima setiap fasa?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan semak peti mel BKm untuk ketahui jumlah bantuan yang akan diterima setiap fasa.

CARA SEMAK PETI MEL BKM

Berikut adalah panduan membuat semakan peti mel BKM untuk ketahui jumlah bantuan diluluskan dan amaun yang akan diterima bagi setiap fasa:

  1. Pergi ke laman www.bkm.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan MyKad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  3. Klik Peti Mel

  4. Klik Surat
  5. Klik pilihan pertama iaitu BKM-01 (A)(ii) – Surat Makluman Lulus – [kategori diluluskan]
  6. Surat makluman seperti berikut akan dipaparkan. Anda boleh semak jumlah bantuan diluluskan dan amaun pembayaran yang akan diterima bagi setiap fasa di surat yang dipaparkan.

Jelas kan jumlah bantuan yang akan diterima nanti? Selepas ini tiada lagi tanda tanya berapa jumlah yang akan diterima bagi setiap fasa. Surat Makluman ini dikeluarkan untuk rujukan penerima. Bagi pemohon yang TIDAK LULUS permohonan, anda masih berpeluang untuk buat rayuan mulai 1 Mei 2022 nanti.

Panduan permohonan Rayuan BKM

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.