Peluang Latihan Sambil Bekerja Dalam Industri Perhotelan Tawaran JPSM, Elaun RM900 Diberi

BY Cikgu Shaari // 05.04.2022 // 2 min baca

Peluang Latihan Sambil Bekerja Dalam Industri Perhotelan Tawaran JPSM, Elaun RM900 Diberi
VISUAL.ARCHIVE // 2022

Para belia tempatan warganegara Malaysia di Sabah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan serta berminat membina kerjaya dalam sektor perhotelan adalah dipelawa menghadiri Temuduga Terbuka Program Latihan Industri Perhotelan (HELP), program kerjasama di antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Shangri-La Rasa Ria.

Belia yang berkelayakan akan mengikuti latihan sambil bekerja dengan Shangri-La dalam tempoh 6 bulan. Pelbagai kemudahan disediakan termasuk elaun bulanan sepanjang tempoh kursus.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus ditawarkan dan cara daftar.

MAKLUMAT KURSUS

  • Nama program: Program Latihan Industri Perhotelan (HELP)
  • Anjuran: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah)
  • Tempoh kursus: 6 bulan
  • Penempatan kursus: Shangri-La Rasa Ria

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada belia yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Sihat tubuh badan
  • Umur 18-25 tahun
  • Lelaki & Wanita
  • Bujang
  • Lulus PMR/PT3 dan SPM
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris

KEMUDAHAN KEPADA PESERTA

Antara kemudahan disediakan kepada peserta yang berkelayakan adalah:

  • Elaun bulanan RM700 dari Hotel + Elaun insentif RM200 dari JPSM
  • Penginapan bagi pelatih dari luar daerah Tuaran
  • Pengangkutan (jika berkenaan sahaja)
  • Makan minum (duty meals)
  • Insurans berkelompok
  • Rawatan kesihatan daripada panel klinik
  • Sijil tamat kursus
  • Peluang pekerjaan tetap selepas tamat kursus (tertakluk kepada kekosongan)
  • Pakaian seragam
  • Sijil penyertaan dari JPSM

MAKLUMAT TEMUDUGA

Sekiranya anda berkelayakan dan berminat dengan kursus yang ditawarkan, anda boleh hadir temuduga yang akan dilaksanakan seperti berikut:

  • Tarikh temuduga: 12 & 13 April 2022 (Selasa)
  • Masa pendaftaran: 9 pagi hingga 12 tengahari
  • Lokasi temuduga: Bangunan Wisma Bandaraya, Tingkat 7, Jalan Masjid Lama, Sabah, 88000 Kota Kinabalu

Pendaftaran boleh dibuat sebelum tarikh temuduga melalui pautan berikut:

BORANG PENDAFTARAN TEMUDUGA PROGRAM HELP

Pastikan anda hadir ke lokasi pada masa dan tarikh ditetapkan bersama dokumen ASAL DAN SALINAN yang diperlukan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Kad Pengenalan ibu/ bapa
  • Sijil kelahiran
  • Sijil kelahiran ibu/ bapa
  • Sijil-sijil akademik
  • Sekeping gambar berukuran passport
  • Berpakaian kemas

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program ditawarkan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian 088 218722, 218723, 224760 Ect 114, 125, 126.

AUTHOR_PROFILE

Cikgu Shaari

Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

JANGAN JADI
BIASA.