Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Cara Mohon Pengecualian Bayaran Fi LKM (Roadtax) Bagi Pengguna Kenderaan OKU

Oleh Cikgu Shaari • April 1, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Pengecualian Bayaran Fi LKM (Roadtax) Bagi Pengguna Kenderaan OKU
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Selaras dengan pengumuman Kerajaan melalui Bajet 2022, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan pemberian Insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM ke atas Kenderaan milik Orang Kurang Upaya (OKU).

Permohonan pengecualian ini boleh dibuat bermula 15 Mac 2022, di mana pemilik atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk menyerahkan kembali LKM, menuntut rebat berdasarkan amaun yang telah dibayar sebelum ini dan seterusnya memohon pengecualian LKM ke atas kenderaan mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan pengecualian  LKM bagi kenderaan OKU.

SYARAT KENDERAAN YANG LAYAK

  • Kenderaan motor yang telah diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan Kereta Nasional sahaja
  • Hendaklah didaftarkan dan dilesenkan di atas nama individu OKU tersebut dan individu OKU hendaklah telah berdaftar serta mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Pengecualian ini juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang didaftarkan oleh ibu bapa/ penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta pasangan suami/ isteri yang mempunyai pasangan OKU dengan syarat individu OKU tersebut telah berdaftar dengan JKM

Mana-mana pemilik kenderaan yang terbabit yang telah melesenkan kenderaan mulai 1 Januari 2022, pemilik kenderaan atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk:

  • Menyerahkan semula LKM dan berhak dibayar rebat dengan apa-apa amaun ditetapkan
  • Memohon pengecualian di LKM mengikut perincian di atas

CARA MOHON

Untuk makluman anda, permohonan bagi mendapatkan manfaat pengecualian fi yang diperkenalkan ini boleh dibuat mulai 15 Mac 2022.

Pemilik atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk menyerahkan kembali LKM, menuntut rebat berdasarkan amaun yang telah dibayar sebelum ini dan seterusnya memohon pengecualian LKM di atas kenderaan mereka.

Pastikan anda bawa bersama dokumen-dokumen berikut untuk buat permohonan pengecualian fi LKM di kaunter JPJ:

  • Kad OKU
  • Kad Pengenalan
  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) (Roadtax)
  • Dokumen berkaitan

Untuk maklumat lanjut berkenaan pengecualian Fi LKM yang ditawarkan, anda boleh terus ke laman web rasmi https://www.mot.gov.my/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.