Great Eastern Management Associate Programme: Tawaran Latihan Sambil Bekerja Buat Graduan Pelbagai Bidang
Anda graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam pelbagai bidang yang masih mencari peluang untuk bina kerjaya? Graduan dengan pengalaman kerja kurang daripada 1 tahun dipelawa untuk sertai Great Eastern Management Associate Programme yang ditawarkan oleh Great Eastern.
Great Eastern Management Associate Programme merupakan usaha Great Eastern bagi membangunkan graduan muda, berbakat dan berkemahiran untuk menjadi pemimpin masa depan industri.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
GREAT EASTERN MANAGEMENT ASSOCIATE PROGRAMME
Great Eastern Management Associate Programme berusaha untuk membangunkan individu mudaberbakat, dan serba boleh untuk menjadi pemimpin masa depan industri.
Inilah peluang untuk anda bina kerjaya melalui Great Eastern Management Associate Programme yang akan dilaksanakan selama 24 bulan dan graduan yang berjaya mendapat penempatan berpeluang untuk alami sendiri situasi kerja sebenar.
Melalui berbilang giliran kerja di pelbagai jabatan, anda akan dilatih dan dibimbing oleh pemimpin Great Eastern dan disokong oleh pasukan Modal Insan yang berdedikasi.
MANFAAT PROGRAM
Antara manfaat mengikuti Great Eastern Management Associate Programme adalah:
- Dapatkan peranan tetap yang sejajar dengan cita-cita dan potensi anda
- Terlibat dengan pemimpin kanan melalui inisiatif bimbingan
- Bekerja bersama rakan pengurusan dengan pelbagai latar belakang dan pengalaman
- Mempercepatkan kerjaya anda dengan peluang pembelajaran dan pembangunan holistik
- Memperoleh pandangan yang komprehensif tentang industri kewangan
STRUKTUR PROGRAM
Berikut adalah struktur program Great Eastern Management Associate yang akan dilaksanakan selama 24 bulan:
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Fresh graduate dengan pengalaman kerja kurang daripada 1 tahun
- Berumur 25 tahun dan ke bawah
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam pelbagai bidang pengajian
- Minimum CGPA 3.5 atau Upper Second Class Honours
- Mampu bekerja dalam pelbagai jenis situasi
- Berkemahiran dalam menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris
- Semangat dan penglibatan yang terbukti dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan hobi
- Sifat kepimpinan yang kukuh dan kemahiran interpersonal apabila bekerja dengan orang lain
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk sertai program latihan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan, anda boleh buat permohonan dengan menghantar:
- Resume
- Esei 100 patah perkataan berkenaan kenapa anda rasa anda berbeza dari graduan yang lain
Permohonan mestilah dihantar ke alamat email berikut:
- managementassociates@greateasternlife.com
Untuk makluman anda, permohonan boleh dibuat sepanjang tahun. Pengambilan calon adalah pada Januari dan Mei setiap tahun. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan, anda boleh rujuk di laman www.greateasternlife.com