Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Skim Insurans Keluarga Malaysia: Tawaran Perlindungan Sosial Sehingga RM20,000 Setiap Keluarga

Oleh Cikgu Shaari • March 29, 2022 • 2 min baca

Skim Insurans Keluarga Malaysia: Tawaran Perlindungan Sosial Sehingga RM20,000 Setiap Keluarga
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan memperkenalkan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar di negara ini. Dengan kos keseluruhan RM13.4 juta, program ini bakal memanfaatkan kira-kira 268,000 keluarga miskin dan miskin.

Menurut Perdana Menteri, Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem e-Kasih akan diberi perlindungan insurans dengan premium RM50 setahun. Pelbagai manfaat akan diterima oleh keluarga sekiranya berlaku sesuatu kepada Ketua Isi Rumah (KIR).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Insurans Keluarga Malaysia dan panduan buat permohonan.

MANFAAT SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA

Menerusi Skim Insurans Keluarga Malaysia, antara manfaat yang bakal diterima oleh keluarga yang layak adalah:

  • RM10,000 sekiranya Ketua Isi Rumah (KIR) meninggal dunia akibat kematian biasa
  • RM10,000 keilatan kekal
  • RM20,000 bagi yang meninggal dunia akibat kemalangan

Pada masa sama, PRU-Takaful BSN melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu turut memberi:

  • Perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi e-Kasih sejak 2018

KELAYAKAN PENERIMA SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA

Kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berkelayakan seperti berikut akan menerima manfaat Skim Insurans Keluarga Malaysia:

  • Golongan miskin dan miskin tegas
  • Berdaftar dalam sistem e-Kasih

PORTAL EKASIH

eKasih ialah sistem yang mengandungi data isi rumah kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar. Data yang diperoleh akan digunakan oleh kementerian/ agensi yang memberi bantuan menerusi program-program pembasmian kemiskinan. Ianya juga ada menyimpan segala rekod bantuan yang diterima oleh individu, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Berikut adalah golongan yang layak mendaftar eKasih:

  • Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi kawasan luar bandar.
  • Golongan berpendapatan rendah ini mestilah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) seperti berikut:

Bagi yang belum pernah buat permohonan atau semakan kelayakan penerima e-Kasih, anda boleh rujuk di bawah:

PANDUAN SEMAKAN & PERMOHONAN E-KASIH

CARA MOHON SKIM INSURANS KELUARGA MALAYSIA

Buat masa sekarang masih tiada sebarang makluman mengenai permohonan Skim Insurans Keluarga Malaysia. Perkongsian ini akan dikemaskini semula sekiranya terdapat maklumat terbaru permohonan Skim Insurans Keluarga Malaysia.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.