Temuduga Terbuka Prasarana Buat Graduan Dengan Kelayakan Minima Diploma
Prasarana Malaysia Berhad atau dikenali sebagai Prasarana merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. Prasarana kini membuka peluang beberapa jawatan untuk diisi orang orang ramai!
Anda berminat nak bina kerjaya bersama Prasarana? Prasarana akan mengadakan temuduga terbuka tidak lama lagi dengan menawarkan jawatan Juruteknik dan Pegawai Stesen buat warganegara Malaysia. Dengan kelayakan minima Diploma anda layak untuk mohon jawatan ditawarkan!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut temuduga terbuka jawatan ditawarkan dan panduan ikuti temuduga.
Isi Kandungan
SENARAI JAWATAN
Antara jawatan yang ditawarkan melalui temuduga terbuka oleh Prasarana ini adalah:
- MRT Putrajaya Line – Station Officer/Transit Officer & Cash Ticket Management
- MRT Kajang Line – Station Officer/Transit Officer
- Monorail Line – Station Officer
- LRT Kelana Jaya Line – Station Officer
Tugas bagi jawatan ini adalah:
- Menyediakan khidmat pelanggan yang baik kepada penumpang serta memastikan keselamatan dan kebersihan di LRT di tahap yang baik
FAEDAH DISEDIAKAN
Antara faedah pekerja yang disediakan buat calon yang berjaya mendapat penempatan adalah:
- Pekerjaan tetap
- Elaun syif
- Elaun Dobi
- Caruman KWSP & SOCSO
- Cuti tahunan
- Faedah perybatan (termasuk pergigian & Optik)
- Kemudahan menggunakan perkhidmatan pengangkutan di bawah Kumpulan Prasarana secara percuma
- Kenaikan gaji dan Bonus
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan dibuka kepada individu yang memenuhi syarat permohonan berikut:
- Minima kelayakan Diploma dalam pelbagai bidang
- Berumur 21 hingga 35 tahun
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
- Mempunyai sikap yang mesra dan menarik
- Ada kemahiran yang baik dalam perkhidmatan pelanggan
- Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri
- Sanggup bekerja ikut shift
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda bawa bersama dokumen-dokumen berikut (ASAL & SALINAN) semasa hadir temuduga:
- Resume
- Gambar berukuran passport
- Kad pengenalan
- Lesen kenderaan
- Slip gaji
- Sijil (Diploma, Transkrip, SPM, Sijil tamat persekolahan dan lain-lain sijil yang berkaitan)
MAKLUMAT TEMUDUGA TERBUKA
Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh hadir ke temuduga terbuka bersama dokumen dinyatakan di atas pada:
- Tarikh: 10 November 2022 (Khamis)
- Masa: 9 pagi hingga 4 petang
- Lokasi: Stesen LRT Dang Wangi