Jadual Peperiksaan SPM 2021 Sesi Kedua & Tindakan Yang Calon Perlu Lakukan

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan dilaksanakan pada April hingga Mei 2022.

Peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua ini dilaksanakan bagi calon yang tidak dapat menduduki beberapa ujian yang telah dilaksanakan pada 8 Februari hingga 29 Mac 2022 yang lalu. LP mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM 2021 sesi kedua untuk menyemak jadual peperiksaan SPM 2021 sesi kedua yang telah dikeluarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jadual peperiksaan SPM 2021 sesi kedua yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

TARIKH PELAKSANAAN SPM 2021 SESI KEDUA

Lembaga Peperiksaan, KPM memaklumkan bahawa Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (BM dan BI), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis peperiksaan SPM 2021 sesi kedua akan dilaksanakan pada:

  • 5 April hingga 19 Mei 2022

CALON YANG TERLIBAT

Peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua ini dilaksanakan bagi calon berikut:

  • Calon yang tidak dapat menduduki ujian yang telah dilaksanakan pada 8 Februari hingga 29 Mac 2022, iaitu:
    – Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
    – Ujian Amali Sains
    – Ujian Bertulis
  • Calon yang telah disahkan positif Covid-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan oleh KKM
  • Calon yang terkesan akibat banjir atau kes-kes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan

PERNYATAAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN

LP ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan mulai:

  • Mulai 1 April 2022

Semua maklumat tersebut boleh didapati melalui:

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2021 SESI KEDUA

Jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung boleh dimuat turun mulai 1 April 2022  dari portal rasmi LP di pautan berikut:

Secara umumnya, tarikh peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua adalah seperti berikut:

Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang dicetak ke pusat peperiksaan. Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19. Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma