Kenapa Perlu Pakai Baju Warna Hijau Atau Biru Dalam Bilik Bedah? Ketahui Sebabnya
Selalu dalam bilik bedah kita akan tengok doktor memakai baju hijau atau biru semasa bertugas. Bukan itu sahaja pengunjung yang berada di sisi wanita yang sedang bersalin ataupun ketika melawat pesakit kronik pun pengunjung diminta untuk mengenakan baju hijau atau biru.
Pernahkah anda terfikir kenapa warna hijau atau biru? Selain daripada peraturan dan polisi yang telah ditetapkan, ada sebab-sebab tertentu warna ini jadi pilihan terutamanya dalam kalangan kakitangan hospital.
Warna ini dipilih bukan hanya sekadar suka-suka kerana sebenarnya warna ini memberikan kebaikan kepada pesakit dan memudahkan kerja mereka. Sebab apa? Ketahui sebabnya di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
WARNA PUTIH BOLEH MEMBUAT DOKTOR KELIRU KETIKA PEMBEDAHAN
Pada mulanya semua doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Namun khas buat pembedahan, doktor diminta memakai warna hijau atau biru kerana warna putih tidak sesuai digunakan ketika pembedahan.
Warna putih dikatakan boleh butakan mata pakar bedah untuk beberapa detik jika mereka beralih pandangan mereka dari warna gelap darah ke housemanship mereka. Bayangkan mereka perlu fokus ke arah darah ketika pembedahan dan apabila mengalih pandangan ke baju doktor lain yang berwarna putih, mereka akan berasa pening.
Untuk gambaran jelas, ini ibarat jika kita bangun tidur kemudian buka mata dalam gelap lalu buka lampu ataupun pandang skrin telefon bimbit.
Rasa pemandangan terganggu seketika bukan? Bayangkan dalam bilik pembedahan terjadi begitu, boleh beri kesan terhadap proses pembedahan.
MENGAPA WARNA HIJAU & BIRU DIPILIH?
Namun, jika warna putih dikatakan boleh menganggu mata doktor, kenapa pilih hijau serta biru dan tidak ungu, kuning, merah atau lain-lain?
Untuk pengetahuan semua, hijau dan biru adalah warna paling ketara bertentangan dengan warna merah berdasarkan visual spektrum cahaya.
Warna hijau dan biru juga terkenal dengan kemampuan menyegarkan mata setelah mata tertumpu dengan warna merah dalam tempoh yang lama.
Ketika menjalani pembedahan, pakar bedah akan banyak fokus kepada organ dalaman yang berwarna merah, jadi warna hijau & biru tidak akan menganggu penglihatan mereka dan konsentrasi ketika mengalih pandangan.
Terlalu lama melihat warna merah juga menyebabkan kepekaan seseorang terhadap warna merah akan berkurangan. Akibatnya, seseorang menjadi kurang jelas untuk melihat objek-objek lain. Keadaan ini tidak harus berlaku pada doktor bedah yang sedang memberi tumpuan dalam melakukan kerja mereka terhadap pesakit.
Maka, mereka mengenakan pakaian berwarna hijau kerana ia akan mengembalikan kesegaran mata dari dominasi warna merah darah yang mereka lihat sepanjang operasi. Warna hijau dapat membantu meneutralkan warna merah kerana hijau merupakan warna yang berlawanan dengan warna merah dalam ‘roda warna’.
Semoga perkongsian ini dapat menghilangkan rasa tanda tanya yang bermain dalam minda anda!