Program YOUNITY Pernas: Mohon Pembiayaan Sehingga RM500,000 Untuk Belia Mula Perniagaan Francais

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) kini menawarkan Program Young Entrepreneurship Engagement talent (YOUNITY) untuk wanita yang berminat untuk memulakan perniagaan francais.

Program khas untuk golongan belia bumiputera berumur di antara 21 – 40 tahun yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra-francais. Peserta program YOUNITY akan berpeluang mengikuti latihan yang berstruktur, padanan perniagaan bantuan pembiayaan dan diberi pemantauan selama 6 bulan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PROGRAM YOUNITY

Program Young Entrepreneurship Engagement talent (YOUNITY) oleh Pernas merupakan program khas untuk golongan wanita bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan berminat dalam perniagaan francais dan pra-francais. Peserta program YOUNITY akan berpeluang:

  • mengikuti latihan yang berstruktur
  • padanan perniagaan
  • bantuan pembiayaan
  • diberi pemantauan selama 6 bulan apabila bermulanya perniagaan

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program Young Entrepreneurship Engagement talent (YOUNITY)
  • Anjuran: Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)
  • Tempoh latihan berstruktur: Selama 22 hari
  • Margin pembiayaan: Sehingga 90% dari jumlah
  • Saiz pembiayaan: Sehingga RM500,000
  • Sasaran peserta: Lelaki & wanita 21 hingga 40 tahun
  • Kadar pembiayaan: 3.75%

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada peserta dan syarikat yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

Syarat Peserta

  • Peserta mestilah belia berumur 21 tahun – 40 tahun
  • Pemegang saham utama syarikat mestilah wanita dan memegang sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat

Syarat Syarikat

Syarat kelayakan pembiayaan pemegang francais adalah seperti berikut:

  • Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
  • Francaisor/Pemegang Francais Induk telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF).
  • 100% ekuiti syarikat dimiliki oleh Bumiputera
  • Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn. Bhd adalah sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) adalah terhad sehingga RM250,000 sahaja.
  • Mempunyai surat tawaran daripada Francaisor Induk/Pemegang Francais Induk.
  • Perniagaan mestilah patuh Syariah.
  • Usahawan mestilah mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.

Bagi syarat kelayakan untuk pembiayaan Pra-Francise adalah seperti berikut:

  • Usahawan ialah pemilik/pengendali syarikat.
  • Permohonan maksimum pembiayaan melalui syarikat Sdn.Bhd untuk pembiayaan sehingga RM500,000. Walau bagaimanapun, permohonan maksimum pembiayaan oleh Milikan Tunggal, perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) terhad sehingga RM 250,000 sahaja.
  • Syarikat adalah 100% dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
  • Mempunyai surat tawaran daripada Pra-Francaisor.
  • Perniagaan mestilah patuh Syariah.
  • Usahawan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan tertakluk kepada kriteria kredit Pernas.

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat nak mulakan perniagaan francais dan mohon program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara online dengan ikut langkah berikut:

  1. Layari laman web PERNAS iaitu https://pernas.my/byob/sweet-program/.
  2. Klik butang ‘Click Here to Regsiter.’
  3. Masukkan email dan klik butang ‘Next.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dalam setiap paparan dan klik butang ‘Next.’
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dengan klik butang ‘Submit.’

Untuk maklumat lanjut mengenai program YOUNITY Pernas, anda boleh hubungi pegawai bertugas melalui email di alamat byob@pernas.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma