Tempoh Bayaran & Proses Tuntutan Faedah PERKESO Kepada Pekerja Yang Positif Covid-19
Pencarum PERKESO yang dijangkiti Covid-19 akibat dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, pengurusan mayat, pendidikan, elaun layanan sentiasa, dan kemudahan pemulihan.
Pencarum yang disahkan dijangkiti Covid-19 di tempat kerja boleh buat tuntutan sehingga 90% daripada gaji mengikut jumlah hari dirawat di hospital sehingga disahkan negatif. Tempoh bayaran tuntutan juga akan dibuat serta merta jika dokumen mencukupi!
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tempoh bayaran serta proses tuntutan Skim Bencana Kerja PERKESO akibat Covid-19.
Isi Kandungan
TEMPOH BAYARAN DIBUAT
Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi jaminan proses permohonan dan bayaran Skim Bencana Kerja PERKESO akibat Covid-19 akan dibuat dalam tempoh:
- Tempoh bayaran: Dalam 7 hari
PROSES TUNTUTAN
Majikan bertanggungjawab untuk melaporkan jangkitan tersebut kepada PERKESO dan dengan kadar segera mengemukakan permohonan melalui Borang 34. Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan serta merta membuat semakan dan siasatan setelah menerima dokumen dan laporan mengenai kes jangkitan Covid-19 di tempat kerja.
Pihak PERKESO akan membuat semakan dan siasatan adakah aduan yang dibuat betul dan dalam masa tujuh hari proses ini akan berjalan, sekiranya kalau ada aduan sesuatu kes yang spesifik yang melibatkan dua atau tiga bulan, mungkin dokumen yang dihantar tidak mencukupi.
- Kalau semua dokumen cukup, tetapi lambat juga boleh buat aduan terus kepada kita, kita akan ambil tindakan
- Jika dokumen yang diserahkan lengkap, pembayaran Skim Bencana Kerja PERKESO dan tindakan perlindungan akan dibuat serta merta.
SYARAT BUAT TUNTUTAN
Pencarum yang layak buat tuntutan faedah PERKESO jika dijangkiti Covid-19 adalah:
- Masih sedang bekerja
- Masih aktif sebagai pencarum Socso
- Paling utama ialah dijangkiti Covid-19 di tempat kerja
Nak tahu berapa kadar faedah yang boleh dituntut melalui Skim bencana Kerja PERKESO akibat Covid-19 dan panduan buat permohonan faedah? Rujuk panduan di bawah: