Tarikh & Panduan Buat Permohonan Rayuan BKM Bagi Pemohon Yang Tidak Lulus
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Untuk makluman anda, data penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara AUTOMATIK ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan. Bagi pemohon baru yang telah buat permohonan sebelum ini, anda boleh semak status kelulusan tidak lama lagi.
Jangan risau jika tidak lulus permohonan! Pemohon masih lagi berkesempatan untuk buat permohonan rayuan BKM secara online pada tarikh yang ditetapkan. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tarikh dan panduan buat rayuan BKM secara online.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN STATUS KELULUSAN
Untuk makluman anda, semakan status kelulusan BKM boleh dibuat secara online mulai:
- Mulai 20 September 2022
Semakan status kelulusan boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:
PANDUAN SEMAKAN STATUS KELULUSAN BKM
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BKM
Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan adalah seperti berikut:
- Mulai 20 September 2022
Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.
PANDUAN PERMOHONAN RAYUAN BKM
Berikut adalah panduan buat permohonan rayuan BKM:
- Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
- Klik Semakan Status untuk semak status kelayakan pemohon
- Bagi yang berstatus TIDAK LULUS, klik pada butang rayuan yang disediakan di laman semakan
Permohonan rayuan hanya dibuka selama sebulan dan bermula pada 20 September 2022. Sebelum tarikh tersebut, masih tiada sebarang laman permohonan rayuan BKM disediakan buat pemohon.