Daftar Mini Karnival Jamin Kerja@Asahan: Pelbagai Peluang Pekerjaan Buat Orang Ramai
Panggilan buat graduan yang masih menganggur di Negeri Melaka! Kerajaan Negeri Melaka melalui PEKESO akan mengadakan temuduga terbuka secara fizikal bagi membantu graduan dan pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan dan mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pelbagai majikan.
Pencari kerja yang berminat nak ikuti Mini Karnival Jamin Kerja @ Asahan 2022 Peringkat Negeri Melaka ini boleh buat pendaftaran sebelum tarikh temuduga. Pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan oleh pelbagai majikan syarikat terkemuka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kerja yang ditawarkan dan cara buat pra-pendaftaran
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Mini Karnival Jamin Kerja @ Asahan 2022
- Anjuran: Kerajaan Negeri Melaka Melalui PERKESO
- Tarikh: 26 Mac 2022
- Masa: 9 pagi hingga 5 petang
- Lokasi: Pusat Komuniti Desa Asahan, Jasin, Melaka
AKTIVITI KARNIVAL
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh mini karnival ini adalah:
- Temuduga bersama majikan
- Kaunseling kerjaya
- Pendaftaran portal MyFutureJobs
SENARAI MAJIKAN
Berikut adalah senarai majikan yang terlibat menawarkan jawatan kosong:
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat untuk sertai, pastikan anda buat pendaftaran sebelum hari temuduga, iaitu 26 Mac 2022. Pencari kerja yang berminat untuk sertai karnival kerjaya tersebut boleh buat pendaftaran secara online melalui pautan yang disediakan di bawah:
Borang Pra-Pendaftaran ini adalah bertujuan untuk merekod maklumat calon yang ingin sertai temuduga terbuka ini. Pastikan anda buat pendaftaran untuk urusan yang lebih mudah pada hari temuduga.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
- En Faiz: 019 637 8961
- En. Nabil: 019 301 5412
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senarai jawatan ditawarkan yang boleh anda mohon: